Sana sini netizen bercerita mengenai kemelut keluarga arwah Abam yang melibatkan balu arwah Abam Bocey, Nor Hidayah dan pihak keluarga mertuanya. Melihatkan situasi yang sedang dialami Nor Hidayah, tular pula beberapa perkongsian di Facebook cuba membandingkan situasi penyanyi Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) yang juga kehilangan suami. Ramai netizen membandingkan kedua mereka apatah lagi setelah melihat kenyataan bapa arwah Asyraf Sinclair yang berterima kasih pada BCL kerana menjaga dan menyintai anaknya dan sebaliknya yang berlaku pada Hidayah.
Netizen berkata berbeza layanan diterima atas asbab salah seorang dari mereka berkerjaya dan seorang lagi adalah isteri yang sepenuh masa jadi surirumah walaupun itu permintaan suami. Namun, seorang pengguna F@cebook, Puan Normaliza yang merupakan seorang kaunselor profesional berkongsi pendapat pendapat berbeza. Baca lanjut: Layanan keluarga Sinclair terhadap Bunga bukan kerana siapa Bunga, tapi... Allah susun atur dua kematian dalam masa terdekat, banyak yang kita pelajari daripada mereka yang kehilangan suami tercinta. Didikan yang baik bermula dari rumah. Yang menjadikan seseorang itu berbeza adalah pendidikan mereka. Bagaimana adab dan kasih sayang mereka terhadap orang lain. Semoga kita jadikan ujian yang mereka hadapi sebagai pengajaran. - CARI
|
RatuDunia94: Kannn.. ujung2 yg org duk kecam couple ashraf-bunga hidup bertunjangkan budaya barat liberal seksi meksi juga xde wujud isu rebut harta.. pemergian as ...
spankee_fili replied at 24-2-2020 02:08 PM
Iols sebenarnya dah lama dah nak cakap gini..
Punyalah netizen dok kecam kebumi ala agama lain ...
ADVERTISEMENT