Cakap-cakap mengenai penyusunan baru politik yang bakal menyaksikan kawan dan lawan membentuk gabungan pemerintah baru tersebar luas. Khabarnya Perikatan Nasional yang bakal dibentuk adalah gabungan dari parti Bersatu, UMNO, PAS, Warisan dan Gabungan Parti Sarawak (GPS), lapor Sinar Harian.
Terbaru, lima mesyuarat parti-parti besar telah menarik perhatian media tetapi perbincangan diadakan secara tertutup dan tidak dikeketahui apa tujuannya. Kemesraan yang ditunjukkan oleh para pemimpin parti ketika hadir untuk acara makan malam di Hotel Sheraton, Petaling Jaya telah menguatkan lagi spekulasi tersebut. Seorang pengguna Twitter Farhan Zulkefly dalam ciapannya memberi lima kelompok rakyat yang rugi sekiranya berlaku perubahan kerajaan. Pertamanya adalah golongan #PulangMengundi, mereka diberi bantuan untuk pulang setelah perdana menteri ketika itu, Najib Razak meletakkan hari mengundi jatuh pada hari Rabu. Berpusu-pusu mereka ini pulang ke kampung dan tempat asal masing-masing dengan niat mahu melihat perubahan besar dalam tampuk kepimpinan negara. Kedua adalah Polling Agent & Counting Agent (PACA) yang telah bertugas lebih awal sebelum PRU Ke-14 berlangsung. Merekalah petugas yang memastikan proses check and balance berlangsung dengan baik di kalangan petugas Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR). Seterusnya golongan ketiga kata Farhan adalah 48% pengundi Pakatan Harapan (PH) yang telah menunggu sejak dari jam 8 pagi sehinggalah jam 5 petang pada 9 Mei 2018 untuk memastikan perubahan pucuk pimpinan berlaku dari peringkat akar sehinggalah ke atas. Golongan yang keempat ialah pengundi PKR dan DAP kerana jika tiada kerjasama antara mereka iaitu PKR, DAP, Bersatu, Amanah dan Warisan, maka penubuhan Malaysia Baharu pastinya terencat. Golongan kelima dan terakhir kata Farhan adalah dua sosok yang sering menjadi watak utama dalam kancah politik Malaysia, Anwar Ibrahim dan Dato' Seri Dr Wan Azizah. Sosok ini menjadi popular sejak tahun 1998 lagi dan mereka adalah antara 'watak' yang sering menjadi mangsa kepada pengkhianatan si Kitol. Ini mungkin dari sudut pandang Farhan, tetapi secara besarnya yang paling terkesan semestinya rakyat Malaysia. Jadi, seperti persoalan yang diajukan oleh Astro Awani semalam, adakah kita di era hanya lima tahun sekali rakyat boleh menyuarakan kuasa. Selepas itu, ahli politik boleh berbuat sesuka hati mereka? - CARI |
bakingsoda replied at 24-2-2020 12:37 PM
aku setuju dgn paan. penyembah atok ni aku tak tau la makan ape ye, takde hati perut langsung bila o ...
jebatmaspunyer replied at 24-2-2020 12:58 PM
mengutamakan kebaikan majority lebih baik dari mengutamakan janji kepada sebilangan individu.. had ...
ADVERTISEMENT