Kisah ini adalah rentetan kemarahan rakyat Malaysia mengenai harga rumah yang semakin melampau. Sementelah, wujud segelintir pembeli rumah kos rendah, lalu menyewakannya kembali dengan harga 'yahudi'. Bukan sahaja harga rumah 'cekik darah', kemudahan yang disediakan juga tidak berpadanan dengan harga dikenakan kepada penyewa. Namun, kerana terpaksa, ada sahaja yang sanggup menyewa lalu menelan sahaja kesusahan tersebut. Masalahnya, sampai bila situasi begini harus dibiarkan? Mereka untung, tapi kita?
Rata-rata warganet berkata ianya seperti kembali pada zaman 50-an, lalu merujuk pada cerita Masam-Masam Manis lakonan arwah Tan Sri P Ramlee yang tinggal di rumah 'lodging' Mak Minah dengan kemudahan percampuran lelaki dan wanita serta dapur dan tandas berkongsi. Atau sebenarnya, lebih teruk kerana tiada sebarang perabot di dalam bilik! Rupa-rupanya, situasi ini sudah pun berlaku di beberapa bandar besar seperti Pandan, Shamelin, Maluri, Johor Bahru dan lain-lain tempat yang kepadatan kilang dan pejabatnya sangat sesak. Tidak mustahil jika ianya dibiarkan berterusan, maka lebih ramai kapitalis yang lebih dasyat seperti yang berlaku di negara luar; Singapura, Hong Kong dan New York. Apabila berlaku perkara seperti ini, satu yang terlintas, bagaimana ianya diluluskan oleh pihak berkuasa? Jawapannya adalah tiada kelulusan dan ianya dilakukan secara haram. Jika berlaku perkara buruk seperti kebakaran, maka ketika itu barulah terbongkar seperti mana tragedi terhadap pusat tahfiz tidak berdaftar. Menurut Azmandae, situasi begini akan terus-terusan berlaku kerana rumah tersebut terletak di lokasi berhampiran pengangkutan awam menyebabkan ramai terpaksa menyewa juga kerana dekat dengan tempat kerja. Biarpun ada rumah yang lebih selesa dan harga lebih murah, namun kedudukannya di pinggir bandar yang cuma bas sahaja menjadi perantara dianggap tidak efektif. Jadi, susah juga sebenarnya untuk mengekang situasi sebegini. Bilik sewa mahal disebabkan lokasi bandar dan dekat kemudahan, kalau nak murah kena jauh ke dalam. Jadi, kita nak salahkan siapa? - CARI |
nazzse: i pun ada bilik nak sewakan ni..middle room, fully furnished lagi..baru je kosong,untuk perempuan muslim jerr
ADVERTISEMENT