Abdul Rani Kulup Abdullah menyatakan kekesalannya terhadap pihak berkuasa yang tidak mengambil tindakan terhadap pemandu mabuk. Berikutan itu, Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) berkenaan membuat satu laporan polis mengenai peningkatan insiden kemalangan maut disebabkan pemandu mabuk.
Memetik Malaysia Gazette, Rani kesal kerajaan seolah-olah memandang enteng perkara itu. “Dalam undang-undang tidak ada tindakan, pemandu tu sudahlah mabuk langgar orang sampai mati tidak boleh ambil tindakan. Mengapa? “Kenapa boleh jadi macam ini. Saya sangat kesal apabila PDRM kata undang-undang berkaitan mabuk ini terlalu ringan dan tidak diambil tindakan. Banyak orang dah mati pada tahun ini. “Walaupun digesa pelbagai pihak, barulah kerajaan terfikir untuk naikkan hukuman berat kepada pemandu mabuk,” katanya.
Malah, dia menggesa hukuman lebih berat dikenakan terhadap pesalah. “Saya gesa agar tangkap pemandu mabuk ini sebab dia langgar orang awam. Hukuman mandatori 20 tahun penjara, RM200,000 denda dan sebatan 20 kali perlu diperuntukkan kepada pemandu mabuk ini. “Pemandu mabuk juga ini hendakkan menyara ahli keluarga mangsa seumur hidup biarpun dia sudah masuk penjara. Dia sudah mengakibatkan kematian ini harus digantung sampai mati malah lesen dia ditamatkan. “Kalau ada kes kematian akibat dilanggar pemandu mabuk, hukuman dia gantung mandatori tidak boleh kompromi,” gesanya. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sebelum ini mengumumkan kerajaan sedang merangka untuk meminda hukuman lebih berat terhadap pemandu mabuk serta di bawah pengaruh alkohol. Katanya, kerajaan akan meminda hukuman lebih berat termasuk menaikkan denda daripada tidak lebih RM20,000 sehingga RM100,000 dan penjara 20 tahun berbanding 10 tahun ketika ini. - CARI
|
Kurex replied at 21-2-2020 05:59 PM
mesti @sarah82 suka orang pakai seragam ni
Zeatyisaac replied at 21-2-2020 09:12 PM
Setahu akak lah kan, mabuk langgar orang, hukumannya ringan sebab mabuk dikategorikan lupa diri, jad ...
Zeatyisaac replied at 21-2-2020 09:12 PM
Setahu akak lah kan, mabuk langgar orang, hukumannya ringan sebab mabuk dikategorikan lupa diri, jad ...
salmon-suki replied at 21-2-2020 12:03 PM
Urm..kenapa ye kes org mabuk langgar lari,selalu senyap je..xde perkembangan pun?sbb takut ngn bangs ...
matryoshka replied at 22-2-2020 09:35 PM
Rasanya betul apa akak cakap a tu.. Kawan saya penah kena langgar dek orang mabuk ni.. Berapa bula ...
ADVERTISEMENT