Zed Zaidi menurut Bernama merupakan antara empat individu didakwa membuat kenyataan berhubung penularan COVID-19. Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) itu dikatakan berkongsi berita palsu di media sosial mengenai jangkitan wabak berkenaan yang boleh menyebabkan kegentaran kepada orang awam. Zed Zaidi atau Rozaidi Jamil, 40, dilaporkan memberi keterangan selama dua jam di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada 31 Januari berhubung tindakannya itu. Peguam Zamri Idrus yang mewaikilinya memaklumkan kepada pemberitan bahawa Zed disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana berkongsi gambar berita palsu di laman Twitter. Dalam kenyataannya di laman sosial sebelum ini, Zed mendakwa kononnya semua negara telah menyekat kemasukan pelancong China kecuali Malaysia. - CARI
|
namieamuro replied at 21-2-2020 02:08 PM
presiden pun kene saman dek bende buduh
namieamuro replied at 21-2-2020 02:08 PM
presiden pun kene saman dek bende buduh
Nenasketum replied at 21-2-2020 02:32 PM
Dun kuatir, Pak Mertua boleh bail out. Undertable money dah kurang berkesan sekarang ni. Suh Pak Mer ...
ADVERTISEMENT