Pada zaman sekarang, adalah satu kebiasaan apabila remaja belasan tahun mempunyai pasangan hati masing-masing. Malah, kadangkala mereka lebih mesra dan terbuka jika mahu dibandingkan dengan orang yang sudah mendirikan rumah tangga.
Terbaru, tular di Facebook berkenaan sebuah video menunjukkan sebuah pasangan remaja sedang bermesraan di tempat terbuka. Video tersebut dipercayai dirakamkan penduduk di sekitar Taman Palma, Taiping yang menampakkan secara jelas aksi terlarang itu. Dalam video tersebut, terlihat remaja perempuan terbabit duduk di atas pangkuan teman lelakinya dan menggesel punggungnya di kawasan terbabit. Sedang remaja lelaki tersebut hampir membuka seluarnya, si perakam menjerit untuk menghalang perbuatan mereka itu. "Eh hangpa buat apa ni? Meraba belakang" Lebih jijik, terlihat seorang budak lelaki yang turut berada di situ, seolah-olah sedang menemani pasangan remaja itu bermesraan. Menurut warganet, budak lelaki tersebut dipercayai adik kepada salah seorang remaja tersebut.
Buat anda di luar sana, awasilah anak atau adik-beradik daripada terjebak dengan perkara sebegini. Awasi pergaulan mereka agar tidak terikut dengan trend zaman sekarang yang tidak menjaga batas pergaulan. - CARI
|
Pink_Purple: agak2 macam budak sekolah lagi ni..atau belum umur 20an..sampai xnyempat2, tempat terbuka tu,,
matchstick replied at 21-2-2020 11:47 AM
Berani gile..kt taman dpn rumah org pun jadi. Dh mcm binatang kelakuan ko dek.
ADVERTISEMENT