Ajal maut di tangan tuhan. Kebelakangan ini banyak pula berita mengenai individu yang menamatkan kehidupan di alam sementara ini ketika sedang tidur.
Sesungguhnya maut itu tidak dapat dijangka sama sekali dalam rencah kehidupan kerana ianya menjadi rahsia Allah S.W.T, kerana tidur itu juga hakikatnya merupakan kematian sementara. Oleh disebabkan itu, di dalam Islam kita dituntut untuk mengamalkan amalan bacaan doa sebelum tidur. Kerana sesungguhnya jika kita tidak ditakdirkan tidak bangun lagi, Insyallah kematian kita itu dalam keadaan yang baik dan diredhai. Rasullulah S.A.W pernah bersabda kepada isterinya, Siti Aisyah "Ya, Siti Aisyah! Jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara ini," "Apakah perkara itu, Ya Rasulullah?" tanya Siti Aisyah.
"Pertama, haruslah engkau khatam al-quran. Kedua, pastikan bahawa engkau mendapat syafaar daripada rasulmu. Ketiga, pastikan engkau mendapat reda dari muslim dan muslimat. Keempat, kamu harus melaksanakan haji atau umrah," kata baginda. Mendengarkan itu, Siti Aisyah lantas bertanya bagaimana cara untuk melaksanakan 4 perkara itu dalam tempoh yang singkat. Rasulullah yang mendengar soalan itu kemudian bersabda" 1. Jika engkau tidur, bacalah surah al-ikhlas tiga kali seakan-akan engkau telah khatam al-quran. 2. Bacalah selawat ke atasku dan juga para nabi sebelumku, maka kami semua akan memberi syafaat ke atas kamu di hari kiamat. 3. Istighfarlah untuk para mukminin maka mereka akan meredhai engkau. 4. Kemudian banyakkanlah bertasbih, bertahmid, bertahlil dan bertakbir maka engkau seakan-akan telah melaksanakan ibadah haji dan umrah. Amalkan pesanan Rasulullah untuk kebaikan bersama, tidak kiralah ajal menjemput atau tidak. Permulaan awal tahun 2020 digemparkan dengan kematian mengejut pelawak terkenal Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar, manakala selasa lalu seorang lagi pelakon Ashraf Sinclair, 41, meninggal dunia di dalam tidur dipercayai kerana serangan jantung.- CARI
|
ADVERTISEMENT