CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Mangsa Meronta-ronta Ketika Badannya Terbakar" - Bilal Disimbah Minyak, Dibakar Depan Masjid

19-2-2020 02:18 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 6877| Komen: 34

“Mangsa meronta-ronta sakit ketika badannya sedang terbakar dan waktu itu saya serta beberapa jemaah masjid cuba membantu memadam api yang marak."

Itu yang dikatakan oleh Nordin Ahmad, 58 yang juga merupakan pengawal masjid Hasanah, Taman Rakyat, Mergong. 

Dia merupakan saksi terawal yang ternampak kejadian bilal di situ disimbah minyak tanah sebelum dibakar, hari ini.

Memetik laporan Harian Metro, kejadian berlaku ketika jemaah datang ke masjid untuk menunaikan solat Subuh pagi tadi.

Saksi ini berkata dia ternampak seorang lelaki menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan di luar perkarangan masjid.  

Kredit foto: Harian Metro


“Saya mengesyaki sesuatu kerana penunggang motosikal itu berlegar-legar di tempat kejadian.

“Biasanya Amri Bidin yang juga bilal masjid ini datang awal dan terus masuk ke dalam untuk mengazankan solat Subuh tetapi hari ini dia sampai seperti biasa tetapi tak masuk lagi ke dalam masjid,” katanya. 

Selepas itu, dia ternampak api mula marah di hadapan masjid dan terdengar mangsa menjerit kesakitan. 

Mangsa, Amri Budin, 65 melecur teruk di muka, tangan dan badan sebelah kiri. 

Dalam pada itu, menurut menantu mangsa, Jarina Awang, 44 bapa mentuanya kini dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

“Dia berada dalam keadaan sedar tetapi muka, tangan dan badannya melecur dan ada bahagian kulitnya telah mengelupas.

“Abang ipar sudah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar kira-kira pukul 9 pagi tadi dan saya harap polis dapat menahan individu berkenaan,” katanya. - CARI 
2

Bagus
4

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lil_honey 19-2-2020 02:23 PM
errm...tgk gambar tadi, ya Allah sedihnya tgk dia...apa salah dia sampai korang nak bakar dia..
Quote CinnamonR 19-2-2020 02:27 PM
Haih...bahayenye la..sukati je nk bakar2 org kat tmpat public
Quote jaja8 19-2-2020 02:33 PM
kejam nye.apa salah org tu sampai kena bakar hidup2
Quote chicozinn 19-2-2020 03:01 PM
gila apekah ini??

dekat masjid hasanah lak tu..
Quote Mfzg89 19-2-2020 03:16 PM
kes kena tegur dgn bilal la ni..tu yg sakit hati..kalau yepn xyahla sampai p bakar org tu.. dah niat membunuh dahtu.
kena cari sampai dapat ni..
Quote gigahertz 19-2-2020 03:18 PM
chicozinn: gila apekah ini??dekat masjid hasanah lak tu..

kes azan subuh la ni.
Quote sarah82 19-2-2020 03:19 PM
Masjid ni cantik.. Tepi jalan.. Kawasan tu biasanya ramai org.. Pagi2 pun ramai.. Ermmm.. Semoga dipermudahkan utk bilai tu
Quote Artemesiaa 19-2-2020 03:21 PM
Kalau marah pun tak perlulah berlaku kejam sampai macam tu
Quote Cassieopeia 19-2-2020 03:43 PM
memang niat nk membunuh tu. apala yg marah sgt kt bilal tu. org tua kot
Quote Carcosa 19-2-2020 03:57 PM
Astaghfirullah Hal Azimmmmm...
Me'ols baca tajuk, terus terckp, ehh berita kat mana ni??
Sbb tak sangka sgt jadi kat Malaysia *sad*
Quote aliaa 19-2-2020 04:04 PM
ya allah apa kes sebenarnya sampai di bakornya bilal
Quote husna_amal 19-2-2020 04:32 PM
Giler kejam si pelaku. Semoga akhirat nanti tersiksa lagi dahsyat dibakar api neraka.
Quote LadyCarefree 19-2-2020 04:34 PM
Pabila keyboard warrior terbawa2 perangai ke alam dunia nyata. Klau kat alam maya ni benda komen nk bunuh nk bakar nk kerat nk pukul smpai berkicap dn mcam2 lagi mmang sngat common dizahirkan oleh meleis moslem.
Quote Rogue98 19-2-2020 04:37 PM
Innalillahiwainnailaihirajiun... Semoga pakcik bilal dapat di selamat kan dan sembuh semula. Siapa punya angkara ni? Marah dengar bunyi azan ke atau hal personal? Harap polis cepat tangkap pelaku.
Quote ChemicalRomance 19-2-2020 06:10 PM
Ntah apa la nak jadi sekarang ni... aritu kes tetak imam, sekarang ni bakar bilal pula...
Quote dudaberhias 19-2-2020 06:12 PM
gila betul... ingat dekat india tadi... kesian.... mesti ada sebab ni...
Quote dudaberhias 19-2-2020 06:14 PM
MAAF KALAU SCARY ATAU ADA SESAPE YANG TAK KUAT JIWA...
KESIAN TENGOK PAKCIK BILAL NI, APALAH SALAH DIA.. MUKA DIA PUN TERPINGA2 DAN TERTANYA2 KENAPA DIA KENA BAKAR...

Quote dudaberhias 19-2-2020 06:16 PM
[fbp]https://www.facebook.com/norzaifitri.zainal/posts/879037509213660[/fbp]
Quote dudaberhias 19-2-2020 06:18 PM
katanya yang buat tu mat pet kat kawasan tu... dia bakar dalam pengaruh dadah katanya

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:52 AM GMT+8 , Processed in 0.040556 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top