Menggemparkan! Sekali lagi video yang melingkari doktor, 'trending' apabila pesakit menularkannya di media sosial. Kejadian yang berlaku di Klinik Kesihatan Seremban ini bermula apabila wanita yang juga pengguna Facebook memuat naik video berdurasi 28 saat lalu menyatakan dia mendapat layanan buruk daripada doktor tersebut. Dengan ayat "Kau tak boleh tunggu, kau keluar," membuatkan wanita ini berasa tidak puas hati lalu meluahkan kekecewaanya di Facebook. Dakwanya, doktor tersebut tidak merawat walaupun sudah diberitahu selsema teruk, sebaliknya diherdik. Hal itu menjadi makin hangat apabila ramai warganet tidak berpuas hati dengan video yang menyokong sebelah pihak sahaja. Justeru itu, Kementerian Kesihatan menerusi Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan telah tampil dengan kenyataan ianya telah diselesaikan dengan rundingcara kedua-dua pihak. Bagaimanapun, ada juga khabar-khabar yang menyatakan doktor tersebut akan direhatkan serta dikenakan tindakan. Selain itu, akan ditambah bilangan doktor iaitu dari 3 ke 4 orang akan dilaksanakan. Justeru itu, ramai yang mempersoalkan tindakan orang awam yang menularkannya hingga menyebabkan doktor tersebut dikenakan tindakan. Bagaimana pula dengan orang awam yang juga bersalah? Susah juga ya apabila setiap perkara hendak ditularkan. Jadi, dalam kes sebegini ianya lebih memburukkan keadaan atau menambahbaik? - CARI |
putput replied at 19-2-2020 02:14 PM
bagaimana dengan ahli farmasi tu pula yang "menyuruh" pesakit memberitahu doktor updatekan system do ...
putput replied at 19-2-2020 02:14 PM
bagaimana dengan ahli farmasi tu pula yang "menyuruh" pesakit memberitahu doktor updatekan system do ...
putput replied at 19-2-2020 02:14 PM
bagaimana dengan ahli farmasi tu pula yang "menyuruh" pesakit memberitahu doktor updatekan system do ...
diiyanazakaria replied at 19-2-2020 03:47 PM
From my experience mmg kita yg kena bg tao kt dr sbb in system dr da key in, so pharmacist nk kita ...
ADVERTISEMENT