Isteri kepada Allahyarham Ashraf Sinclair, Bunga Citra Lestari (BCL) menempah liang lahad jenis semi private untuk dua orang. Memetik Detik.com, BCL mahu disemadikan di samping Ashraf sebagai lambang cinta abadi mereka.
Ketua Pegawai Eksekutif tanah perkuburan San Diego Hills, Suziani Japardy berkata, BCL mahu berdampingan dengan suaminya apabila meninggal dunia kelak. "Betul. BCL meminta untuk disemadikan di samping suaminya yang tercinta apabila meninggal dunia. Perkara itu sudah dirancang BCL," katanya. Malah, BCL menolak apabila ditawarkan kawasan liang lahat lain. "Dia tidak mahu yang (liang lahad) single. Dia mahu berdampingan dengan suami," ujarnya. Sementara itu, Tribun News melaporkan tempahan itu dibuat menerusi pengurus BCL iaitu Doddy dengan harga 260 juta rupiah (RM79,000) termasuk dekorasi. Asharaf yang menghembukan nafas terakhir pada 4.51 pagi ini waktu tempatan akibat serangan jantung dikebumikan selepas solat Asar di tanah perkuburan berkenaan. Takziah kepada keluarga dan kenalan Allahyarham. Semoga BCL dan anak tabah menghadapi hari-hari tanpa suami dan bapa di sisi. - CARI
|
weezerfan replied at 19-2-2020 12:24 PM
Muda lagi tu bcl. Takut kang jumpa pengganti ya udahh.. Parahhh
slavehunter replied at 19-2-2020 01:01 PM
Kot bersuami lagi lepas ni....takkan nak kebumi sebelah arwah, terasa hati pulak suami kedua. Ini ...
weezerfan replied at 19-2-2020 12:24 PM
Muda lagi tu bcl. Takut kang jumpa pengganti ya udahh.. Parahhh
bebed replied at 19-2-2020 01:37 PM
tbh, setelah 10 thn suami aku meninggal, aku pn jumpa suami skrg.. dah 5 tahun dgn suami skrg dan ...
bebed replied at 19-2-2020 01:37 PM
tbh, setelah 10 thn suami aku meninggal, aku pn jumpa suami skrg.. dah 5 tahun dgn suami skrg dan ...
putput replied at 19-2-2020 02:30 PM
kalau betul ada baru, suami baru tempah kubur sebelah lagi
bebed replied at 19-2-2020 01:37 PM
tbh, setelah 10 thn suami aku meninggal, aku pn jumpa suami skrg.. dah 5 tahun dgn suami skrg dan ...
tick replied at 19-2-2020 01:56 PM
yeke sis....yela, tak kan sama dengan yang dah hidup 10 tahun dgn kita kan...
ADVERTISEMENT