Penerbit drama Datuk A. Aida menolak sekeras-kerasnya daripada bekerjasama dengan Mas Khan. Dalam temu bual bersama mStar, A. Aida mendedahkan dia kecewa dan hilang kepercayaan terhadap aktor itu kerana menjadi suspek berhubung wang pelaburannya berjumlah kira-kira RM200,000 yang lesap sebelum ini.
"Mas Khan...? Oh tidak! Dia tidak akan dapat apa-apa peluang berlakon daripada saya lagi! "Saya tidak percaya dia lagi. Wang pelaburan saya lesap kerana dia dipercayai suspek dalam kehilangan wang itu. Saya dah arahkan pihak produksi agar jangan berurusan dengan dia lagi," katanya. Malah, Mas Khan juga tidak akan diundang ke sebarang promosi termasuk tayangan perdana filem Ratu Kala Jengking Puteri Keranda. Tambahnya, filem itu tidak akan cacatpun tanpa kehadiran Mas Khan kerana banyak lagi pelakon lain yang menyokong pihaknya.
"Tak akan ada kecacatan kalau dia (Mas Khan) tiada sekalipun, filem saya ni ada 30 orang pelakon gred A," ujarnya. Sebelum ini, A. Aida mendakwa lebih RM200,000 wang pelaburannya hilang menerusi dua transaksi di luar pengetahuannya. Tiga lelaki dipanggil untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya bagi membantu siasatan berhubung kehilangan wang berkenaan. Mereka ialah, Mas Khan, bekas suami A. Aida, Ariff Aziz dan kawan Mas Khan. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff mengesahkan kepada mStar bahawa suspek telahpun dituduh di mahkamah beberapa bulan lalu dan menunggu masa untuk dibicarakan.- CARI
|
doubleA replied at 18-2-2020 06:52 PM
Mas khan tu yg gambar pakai baju putih tu ke? Yg berlakon drama cindai watak pemandu kepada hero kan ...
Boomibulat replied at 18-2-2020 11:02 AM
Beliau dulu blakon gerak khas..
crazybeach replied at 18-2-2020 07:22 PM
laki ke pompuan sebelah kiri kanan normiang tu. apoo sorang dah rupa arajo pengkid sorang lagi muk ...
Boomibulat replied at 18-2-2020 11:29 AM
yg belah kiri Salina Saibi..belah kiri Tisya Shamsir
crazybeach replied at 18-2-2020 07:33 PM
nampak semenggah la sikit muka salina kat gambar ni. tisya whoareyouss tetap rupa pudin jua yach
Boomibulat replied at 18-2-2020 07:02 PM
Beliau dulu blakon gerak khas..
toxicated replied at 18-2-2020 07:04 PM
Mas khan ni kan bff dino berkat solat tu. Sesuai la sgt scammer kan.
Boomibulat replied at 18-2-2020 07:29 PM
yg belah kiri Salina Saibi..belah kiri Tisya Shamsir
dudaberhias replied at 18-2-2020 08:07 PM
kalau heolsss berlakon pun tak koserrr nak tengok....
a aida dah test heolssss kot... saiz 2b jadi ...
ADVERTISEMENT