Penceramah terkenal, Ustaz Ebit Liew seorang yang aktif berkongsi pelbagai perkara di media sosi@l beliau terutamanya aktviti dakwah beliau. Terbaru beliau berkongsi program di Penjara Koreksional Perlis.
Selepas berceramah beliau dibawa ke sel banduan akhir. Tambah Ustaz Ebit, hatinya semakin meruntun saat mendekati sel banduan akhir yang sedang menanti hukuman mati. Katanya, semua banduan di sel itu menyambutnya dengan tangisan kerana mengenali dirinya. "Semua kenal saya. Mereka hari-hari dengar ceramah saya. Mereka kata ya Allah dapat jumpa saya." Semua wajah bersih. Katanya Allah hadiahkan dapat jumpa ustaz di sini. Kami berpelukan semuanya," tulis Ustaz Ebit di ruang kapsyen. Tidak disangka-sangka, seorang banduan warga Nigeria yang menjadi tahanan akhir sempat mengucapkan dua kalimah syahadah usai kunjungannya ke sel tersebut.
Menurut Ustaz Ebit, pengislaman warga Nigeria itu sedikit sebanyak mengubati hatinya kerana pejabat beliau di Bandar Baru Bangi dipecah oleh penjenayah sebelum beliau memulakan program di penjara itu yang bernilai kira-kira RM50,000. Takziah atas kecurian di pejabat Ustaz Ebit Lew. Allah gantikan dengan syahadah dari banduan akhir. Allahuakbar! - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|