|
TH Hotel & Residence Sdn Bhd (THHR) yang merupakan anak syarikat Lembaga Tabung Haji akan menutup operasi empat hotel di bawah kumpulan itu mulai 1 April 2020. Merujuk kepada surat bertarikh 17 Februari 2020 yang tular dalam media sosial, empat hotel tersebut adalah TH Hotel Kota Kinabalu, TH Hotel & Convention Centre Alor Setar, TH Hotel Penang dan TH Hotel & Convention Centre Terengganu. Seperti yang dijelaskan dalam surat itu, penutupan operasi dan perkhidmatan keempat-empat hotel tersebut adalah tidak dapat dielakkan. "Operasi dan pengurusan hotel-hotel yang terlibat tersebut telah dan/atau akan diambil alih oleh Urusharta Jamaah Sdn Bhd. "Bangunan hotel-hotel yang terlibat juga telah dipindah milik daripada Lembaga Tabung Haji kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd di bawah Pelan Pemulihan dan Penstrukturan Lembaga Tabung Haji," kata THHR. ![]() TH Hotel & Convention Centre Alor Setar. Kredit foto: TH Hotel Selain itu, kakitangan yang dikenal pasti sebagai berlebihan akan diberi tawaran skim penamatan pekerjaan (SSS). THHR juga menyatakan bahawa syarikat telah mengambil langkah-langkah wajar berhubung perkara tersebut. ![]() TH Hotel Penang. Kredit foto: TH Hotel Pelaksanaan SSS tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat perkhidmatan serta peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa. Penutupan empat hotel THHR tersebut bakal meningkatkan jumlah rakyat yang hilang pekerjaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14. - CARI
|
Kurex: pagi tadi siti nohalijah teruk kena kecam.. hahahahahahahaha
natrahn: Bukan hotel-hotel itu sahaja, banyak lagi yang Tabung Haji dah serah kepada anak syarikat milik kerajaan UJSB bawah proses pemulihan tahun lepas. Seba ...
alinone78 replied at 18-2-2020 01:47 PM
kat tajuk kata TUTUP
kat penerangan kata PINDAH OPERASI

totokreturn. replied at 18-2-2020 12:46 PM
kesan corona virus
natrahn replied at 18-2-2020 11:54 AM
Bukan hotel-hotel itu sahaja, banyak lagi yang Tabung Haji dah serah kepada anak syarikat milik kera ...
Kurex replied at 18-2-2020 11:05 AM
pagi tadi siti nohalijah teruk kena kecam.. hahahahahahahaha
sarah82 replied at 18-2-2020 05:00 PM
Kes apa kena kecam?
ADVERTISEMENT