CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Pelik Tapi Menarik, Ini Makhluk Halus Mitologi Kuno Dan Kepercayaan Orang Eropah

18-2-2020 10:50 AM| Diterbitkan: PDOT777| Dilihat: 4496| Komen: 14|Original author: Oleh: PDOT777

Description: Hantu. Makhluk halus. Sebut sahaja dua benda ini, pasti kita sudah meremang bulu roma. Entiti yang tidak dapat dilihat di sekeliling, tetapi boleh dilihat pada satu-satu masa sekiranya ia membuat kemu ...

Kredit foto: newsweek.com

Hantu. Makhluk halus. Sebut sahaja dua benda ini, pasti kita sudah meremang bulu roma. Entiti yang tidak dapat dilihat di sekeliling, tetapi boleh dilihat pada satu-satu masa sekiranya ia membuat kemunculan di hadapan kita atau di kawasan berdekatan dengan kita.

Di mana-mana sahaja seluruh dunia, orang percaya yang hantu memang ada, termasuk orang Eropah. Dalam artikel ini, kita akan lihat makhluk halus atau hantu mengikut kepercayaan orang Eropah.


VAMPIRE


Gambaran vampire jenis Dracula
Kredit foto: www.sideshow.com

Vampire berasal dari mitologi Eropah Timur. Hantu ini keluar dari kubur dan menghisap darah manusia. Vampire suka menghisap darah manusia atau binatang untuk hidup. Sesiapa yang digigit oleh vampire akan menjadi vampire.

Vampire ini mempunyai kelemahannya tersendiri. Ia takut dengan cahaya dan hanya muncul pada waktu malam sahaja. Selain itu, vampire tidak suka melihat cermin. Vampire akan mati jika hatinya ditikam oleh pasak.


SERIGALA JADIAN (WEREWOLF)


 Gambaran werewolf
Kredit foto: powerlisting.fandom.com

Werewolf berasal dari Eropah Utara, Perancis dan Jerman. Sesiapa yang digigit oleh werewolf, terminum air sihir atau air takungan dalam kesan tapak kaki werewolf akan bertukar menjadi werewolf

Biasanya, werewolf berupa sama seperti manusia. Namun, werewolf akan menjelma menjadi serigala dan menjadi ganas semasa bulan purnama. Kewujudan werewolf masih kekal misteri. Namun, simptom likantropi hampir sama dengan ciri-ciri werewolf atau serigala jadian. Oleh itu, pesakit simptom ini selalu disalah anggap sebagai werewolf.


BANSHEE


Gambaran Banshee mengikut mitologi Ireland
Kredit foto: YouTube

Banshee ialah bunian dalam mitologi Ireland. Ia dapat menjelma kepada pelbagai bentuk seperti budak perempuan, jelitawan ataupun binatang. Namun, dalam kebanyakan masa, Banshee ialah ahli sihir yang hodoh. Kononnya, Banshee ini hanya muncul dalam keluarga terpilih sahaja. 

Ia selalu diramalkan akan menangis sekiranya seseorang dalam keluarga yang terpilih bakal mati. 


LEPRECHAUN


Leprechaun bersama wang emas di kaki pelangi
Kredit foto: www.shamrockgift.com/

Leprechaun juga bunian dalam mitologi Ireland yang biasanya berbaju dan bertopi hijau. Ia mempunyai ketinggian dalam 60cm dan berwajah seperti orang tua. Bunian ini suka menanam emas yang dikumpulnya di hujung pelangi. 

Kononnya, sesiapa yang berjaya menangkap Leprechaun dapat memiliki kesemua emasnya.

Inilah antara makhluk halus yang popular di Eropah. Banyak lagi sebenarnya yang jarang disebut-sebut. - CARI
6

Bagus
4

Marah
3

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (19 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosasen 18-2-2020 11:18 AM
oo baru tau leprechaun tu sejenis makhluk halus.... thanks info
Quote kucingitam 18-2-2020 11:42 AM
eh leprechaun tu bukan separuh badan kuda-manusia ke?

Quote husna_amal 18-2-2020 12:14 PM
Info menarik. Baru tahu ada nama banshee dan leprechaun ni.
Quote Artemesiaa 18-2-2020 01:02 PM
Setiap bangsa ada kepercayaan tradisi mereka yang berbeza2 ikut dari mana negara mereka berasal
Quote Megikari 18-2-2020 03:59 PM
kucingitam: eh leprechaun tu bukan separuh badan kuda-manusia ke?

Tu centaur
Quote dekmieDandy 18-2-2020 04:04 PM
teringat banshee dalam cerita sabrina tu
Quote PDOT777 18-2-2020 04:17 PM
rosasen replied at 18-2-2020 03:18 AM
oo baru tau leprechaun tu sejenis makhluk halus.... thanks info

welcome
Quote eizarz 18-2-2020 04:24 PM
vampire tu keluar mlm je???mlm kan ade cahaya gak....cahaya bulan
Quote MadameOnion 18-2-2020 04:29 PM
Edited by MadameOnion at 18-2-2020 04:34 PM

nak tangkap leprechaun la..hornswoglle wwe tu leprechaun jugak kan? hahaha
Quote PDOT777 18-2-2020 05:56 PM
MadameOnion replied at 18-2-2020 08:29 AM
nak tangkap leprechaun la..hornswoglle wwe tu leprechaun jugak kan? hahaha

amboi. kena ketuk dengan finlay baru tau haha
Quote any42 18-2-2020 06:11 PM
xpnah tau psl banshee. mcm nenek kbayan/ nnek bongkok 3 gtu la agknya ye
Quote lasagna 19-2-2020 09:10 AM
eizarz replied at 18-2-2020 04:24 PM
vampire tu keluar mlm je???mlm kan ade cahaya gak....cahaya bulan

tp jgn lupa vampire moden and urban siang2 hari pun bleh kuar, pkai UV sun screen barangkali.
cer tgk cite twilight tu, siang2 ok jer kuar hehe.
Quote noorhairiahma 19-2-2020 09:59 AM
i ingatkan banshee tu pontianak.

Quote shida81 19-2-2020 09:38 PM
Ak lg takut pontianak Dr vampire

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 07:25 PM GMT+8 , Processed in 0.347652 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top