Berkelakuan tidak senonoh dengan mandi dalam sinki di dapur restoran! Itu yang dilakukan oleh seorang pekerja sebuah restoran makanan segera di Greenvilee, Michigan yang akhirnya dibuang kerja.
Mirror UK melaporkan, kelakuan lelaki itu yang dirakam menjadi tular di laman sosial dengan meraih lebih 36,000 tontonan. Menerusi rakaman tersebut, dapat dilihat lelaki itu duduk dalam sinki industri di restoran itu yang dipenuhi buih. “Rasa seperti mandi di dalam tab panas. Saya hanya seronok dengan kehidupan ini, tuan,” katanya dalam video berkenaan. Dia diberhentikan serta merta oleh pihak sumber manusia syarikat berkenaan selepas video itu tular. “Perbuatan itu tidak boleh diterima kerana menyalahi etika kerja, keselamatan, latihan dan prosedur piawaian operasi yang ditetapkan. “Langkah sepatutnya sudah diambil bagi memastikan perkara sama tidak berulang,” kata pihak restoran itu. Dalam pada itu, insiden tersebut juga menyebabkan kemarahan ramai pihak yang tidak dapat menerima perbuatan tidak senonoh tersebut di sebuah restoran. - CARI
|
ADVERTISEMENT