Pelbagai jenis cabaran Internet mewarnai media sosial sekarang ini. Cabaran planking dan baldi ais merupakan antara cabaran paling popular di Malaysia, sekaligus mendapat liputan meluas. Namun, ada juga cabaran-cabaran yang diklasifikasi sebagai 'sampah' atau 'jahil' sehingga membawa maut ataupun paling kurang, boleh mencederakan diri dan orang lain mahupun menjadi gangguan sosial. Terkini, tripping jump challenge pula menjadi cabaran baharu yang popular di seluruh dunia. Cabaran ini boleh mengundang padah atau lebih tepat boleh menyebabkan kematian seperti yang terjadi kepada seorang remaja perempuan berusia 16 tahun apabila meninggal dunia selepas melakukan cabaran ini.
Emanuela Medeiros, cedera di bahagian kepala selepas jatuh terhentak di lantai di sekolahnya di Mossoro, Rio, Brazil. Mangsa yang mengalami trauma di kepala dihantar oleh pihak sekolah ke hospital. Memetik laporan Astro Awani, pegawai perubatan, Dr Shazif Othman berkata, berdasarkan pengamatannya melalui video-video yang sedang tular di media sosial, terdapat beberapa risiko yang boleh berlaku kepada individu yang melakukan cabaran berkenaan. Risiko paling ketara adalah boleh berlaku hentakan di bahagian kepala, sekali gus mendatangkan bahaya pada anggota terpenting iaitu otak. "Jika terkena impak yang besar, ia boleh menyebabkan kematian otak atau 'brain dead'. Ini kerana, jika dilihat menerusi video cabaran itu, individu terbabit terjatuh secara mengejut. "Kesannya, ia juga boleh menyebabkan kecederaan pada sel-sel tisu di bahagian kaki," katanya. Bahagian tengkuk juga boleh tercedera dan akan melibatkan kecederaan pada tulang serviks yang boleh menyebabkan bukan sahaja maut, malah lumpuh seperti strok. Malah, risiko lain juga boleh menyebabkan sakit pada belakang yang kronik, cedera pada otot-otot serta kecederaan pada organ dalaman. Maka, aktiviti ini bukan sahaja boleh menyebabkan kecacatan kekal, bahkan dapat memberi kesan buruk untuk jangka masa panjang di masa hadapan. Entah kenapa, trend challenge yang kerap kali berlaku di kalangan netizen tetap mendapat sambutan menggalakkan dari seluruh dunia walaupun amat jelas perbuatan yang dilakukan itu adalah perkara bodoh. Terciptanya Internet adalah untuk membolehkan masyarakat seluruh dunia berkomunikasi serta berkongsi pengetahuan. Ia semestinya bukan untuk membuat cabaran yang tidak membawa sebarang faedah kepada kita. - CARI
|
palmolive replied at 20-2-2020 12:04 PM
pakat buat ramai2..
kalo Thanos tu betul2 wujud..senang kerja dia
ADVERTISEMENT