CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Dari RM65 Sehingga RM9,600, Hamizan Pemilik Tudung Termahal Di Batu Pahat

17-2-2020 10:11 AM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 7256| Komen: 34|Original author: intan

Kalau dah namanya wanita, memang sifat semula jadi untuk sukakan benda yang cantik dan kelihatan menarik.

Sebagai wanita muslim, menjadi kewajipan untuk memiliki tudung kepala sebagai fungsi untuk menutup aurat. Kini, dengan pelbagai rekabentuk dan ciri ciri hiasan di kain hijab, ada yang sanggup berbelanja ribuan ringgit hanya untuk mendapatkan item yang dikehendaki.


Kredit foto: Astro Gempak
Bagi wanita yang dikenali sebagai Hamizah yang ketika ditemui oleh AstroGempak, memiliki butik menjual tudung jenis bawal di daerah Batu Pahat dan Johor Bahru, Johor adalah satu kepuasan bagi dirinya.

"Wanita suka benda cantik dan menarik, sama juga seperti aksesori.Ada yang sanggup berbelanja untuk tudung yang mahal,"

"Membazir? tiada istila membazir jika minat sesuatu benda tu dan selesa dipakai dan juga berkemampuan untuk membeli, jadi tidak salah pakai sesuatu yang mahal ikut kehendak dan citarasa masing-masing," katanya kepada Gempak.


Kredit foto: Astro Gempak

Hamizah atau nama sebenarnya Daeng Hamizah Abd Aziz, 33, kini memilik dua buah butik Dhamizah by Bawal Exclusive yang menjual tudung serendah RM65 hingga RM9,600 sehelai.

Dia juga berkata produk yang mencecah ribuan ringgit sentiasa dikawal rapi. Di butiknya terdapat penggera keselamatan dan kamera litar tertutup yang memantau pergerakan keluar masuk pelanggan.

"Malah, tudung yang mahal dan ekslusif dipamerkan di ruangan khusus dan terjamin selamat," ujarnya lagi.

Kredit foto: Facebook butik Dhamizan

Graduan Ijazah Sarjan Muda Ukur Bahan dari The Robert Gordon Unversity, Aberdeen, Scotland turut mengakui nilai tudung sama seperti emas.

"Tudung ni, lagi lama lagi mahal tambah-tambah koleksi ekslusif yang belum dikeluarkan lagi.

"Ia akan menjadi vintage collection. Oleh itu juga, ada yang sanggup bayar mahal untuk rangkaian tudung ekslusif," katanya.

Koleksi tudung memang cantik dipakai jika direka dengan menarik. Jika mampu beli mahal, tiada salahnya. Alah membeli menang memakai! - CARI 
4

Bagus
2

Marah
3

Terkejut
2

Sedih
4

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (17 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kucingitam 17-2-2020 10:16 AM
ini ke owner bawal exclusive? ingatkan orang kelate...
Quote miraclehopes 17-2-2020 10:23 AM
Batu apa yg dia pakai sampai 9600
Quote Boomibulat 17-2-2020 10:28 AM
betul ke nilai tudung lagi lama lg mahal..nk kumpul jugakla lps ni
Quote gummiebear 17-2-2020 10:36 AM
Tudung mahal nak jaga pun susah. Takut tercabut batu permata tu nangis laa
Quote coco 17-2-2020 10:38 AM
tudung harga yahudi.... tp dada tak tutup sis.    #donedakwah
Quote matchstick 17-2-2020 10:40 AM
[quote]Boomibulat: betul ke nilai tudung lagi lama lg mahal..nk kumpul jugakla lps ni[/quot
Ntah lah.. Tp aku rasa x betul. Xboleh disamakan dgn emas. Sbb tudung org pakai ikut trend. Pengeluar tudung kena kreatif dan sentiasa up to date kalau x kejap je lah jenama diorg bertahan. Mcm tudung parida suatu ketika dulu org sanggup beli mahal konon ada value utk jual balik. Tp beberapa tahun je lah laku. Skrg bagi free pun org x tergamak nk pakai
Quote husna_amal 17-2-2020 10:56 AM
kalau rasa nak buang duit boleh la beli tudung yang mahal2 tu..kelakar bila disamakan dengan emas...tudung tu barang susut nilai bukan boleh tahan lama pun...
Quote sarah82 17-2-2020 10:58 AM
La.. Aku ingat kan harga RM9.60
Quote miraclehopes 17-2-2020 11:14 AM
Teringat dulu adik iols cerita ada kawan pompuan yg dia kenal sanggup beli tudung second hand fareeda dgn harga 850..baru pakai sekali harga asal 1000....iols mcm telan liur je...tapi dari awal iols kurang berkenann tudung layer dia..taste memasing kan
Quote Ladybird910 17-2-2020 11:24 AM
Tudung ni xmcm brooch or jam..kain ni lama2 reput..be it selalu pakai or simpan..nk bt mahal sgt pki la kain sutera..then jualla 100k terus.tgk sapa yg bowdow p beli.hehe
Quote chicozinn 17-2-2020 11:28 AM
soooooooo???

tudung memahal ade aircond ke buatkan kepala sejuk xde bau kepam lagi2 time panas lit lit nih??
Quote Kurex 17-2-2020 11:30 AM
tak berbaloiiii
Quote RatuDunia94 17-2-2020 11:32 AM
Belajar jauh2 sampai US end up jual tudung bawal rege firaun lat akak2 pprt..
Quote Themilo 17-2-2020 12:11 PM
kosser laa.. meols pun ada kawan yang bukak butik kat batu pahat nun.. tiap tahun mengajak meols gi vietnam, cari kain untuk koleksi raya.. sekali beli, puluhan ribu hantar naik kapal..harga jual kat customer takde pulak sampai beratus ribu .. puluh-puluh ringgit jaa..
Quote Artemesiaa 17-2-2020 12:22 PM
Menagarut je lebih kepada tujuan marketing pujuk orang yang tak tahu bab nilai dan quality
Quote uda 17-2-2020 12:35 PM
Ada ke orang batu Pahat beli tudung beribu2 harganya?
Quote hamida 17-2-2020 12:50 PM
RatuDunia94 replied at 17-2-2020 11:32 AM
Belajar jauh2 sampai US end up jual tudung bawal rege firaun lat akak2 pprt..

ish.. dia ni mcm2 jawatan ada, pengarah, pengurus & so on kat few companies, bukan jual tudung je. Ni cuma salah satu business dia yg kecil je. Apa ada hal jual tudung bawal mahal2. ada je mak2 datin yg beli.
Quote pakderis 17-2-2020 01:38 PM
ini reseller BE, owner nya lain
Quote Mfzg89 17-2-2020 01:50 PM
miraclehopes replied at 17-2-2020 10:23 AM
Batu apa yg dia pakai sampai 9600

infinity stone

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:21 PM GMT+8 , Processed in 0.170620 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top