Pasangan selebriti iaitu Johan dan Ozlynn nyata sentiasa mendapat perhatian ramai. Bukan sahaja mereka berdua, malahan netizen suka melihat kehidupan keluarga itu yang meriah dengan anak-anak yang ramai dan comel.
Kalau anda perasan, Johan sering melakukan penstriman secara langsung apabila bermain permainan atas talian di laman Facebook. Boleh dikatakan bahawa pelawak itu adalah gamer yang hebat. Kepada si isteri kepada suami yang gila game, anda pasti tahu tahap obses mereka terhadap permainan itu kan? Kalau boleh tak payah tidur pun tak apa, asalkan dapat berkepit dengan game tersebut. Situasi yang sama dihadapi oleh Ozlynn apabila Johan terlampau leka main game sampai menaikkan amarahnya. Bertambah kelakar kerana bebelan wanita itu tanpa sengaja telah menjadi tontonan ramai kerana suaminya yang kebetulan sedang bersiaran langsung ketika itu.
Netizen nyata terhibur apabila melihatkan Johan terkebil-kebil apabila diamuk oleh isterinya itu. Lagi lawak kerana boleh tahan pedas juga sindiran yang disembur oleh Ozlynn. "Main FIFA main FIFA, yang aku siapa nak main?!" "Main game main game main lepas tu Subuh liat nak bangun. Macam SETAN mata!" "Hadap game macam nak mati esok!" Suami mana sahaja yang tak terkemut diam apabila angin bini tengah berpusing. Tapi bagusnya Johan sebab dia tak melawan pun dancuba menenangkan isterinya. Walaupun mereka akhirnya berbaik pada penghujung siaran langsung itu, ada segelintir netizen yang menyelar Ozlynn sebagai isteri yang biadab kerana bercakap kasar dengan suami. Selain itu, ada pula yang cakap pasangan ini hanya propa untuk naikkan tontonan. Apa pula pendapat anda? -CARI |
EvieWanKenobi replied at 17-2-2020 10:03 AM
tapi laki dia tak vet thru dulu ke audio tu
sebelum share ngan satu dunia?
ADVERTISEMENT