Kawan-kawan memang ramai tapi sahabat sejati itu mungkin hanya satu dalam seribu. Baru-baru ini Datuk Farid Kamil berkesempatan untuk meluahkan perasaannya kepada pihak media.
Beliau yang pernah didakwa dan di penjara di atas beberapa kes jenayah beberapa tahun lalu sedikit sebanyak membuka matanya dalam menilai sifat orang-orang di sekelilingnya. Memetik laporan mStar, Farid mendedahkan ramai rakan rapat mulai menjauhkan diri daripadanya. Namun, dia tidak berkecil hati dan faham individu berkenaan tidak mahu hidupnya terus dikelilingi aura negatif.
"Kawan-kawan jauhkan diri itu memang ada, itu yang saya harapkan sekarang agar mereka jauhkan diri daripada memberikan vibe negatif dalam hidup saya. "Bagi mereka yang kekal bersama saya dan ada juga yang baru datang, saya berterima kasih dan bersyukur," katanya. "Allah sudah tunjuk dengan jelas apa yang putih dan hitam dalam hidup saya, sekarang ini saya ada Farid Kamil yang tak sabar nak berdepan cabaran hidup akan datang," katanya kepada mStar. Datuk Farid juga tidak sabar menunggu filem baru beliau yang bakal keluar tidak lama lagi, Remp-it 2. "Saya sebenarnya tak sabar nak tunggu Remp-it 2 keluar kerana seluruh keluarga saya bergantung harap dengan filem ini. "Isteri saya dan anak lelaki saya juga terbabit sama dalam menjayakan filem ini. Semoga Datuk Farid lebih cekal dalam menempuh rintangan dan dugaan hidup, terus berubah ke jalan yang benar serta lebih berjaya pada masa akan datang!-CARI
|
ADVERTISEMENT