CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Beraninya Kamu.." - Melambung Dan Jatuh Terseret, Padah Cuba Lari Dari Polis Trafik

17-2-2020 12:49 PM| Diterbitkan: rikuren| Dilihat: 3422| Komen: 16


Siapa tak gementar bila sedang melanggar undang-undang jalan raya, tiba-tiba muncul pula anggota trafik entah dari mana.

Begitulah yang terjadi pada pemuda ini di mana videonya cuba melarikan diri dari ditahan anggota polis trafik menjadi tular di media sosial. 

Kredit Foto - The Reporter

Dalam kejadian yang berlaku di Jalan Bunut Susu, Pasir Mas, Kelantan, remaja berusia 16 tahun itu  tidak memakai topi keledar dikejar anggota polis trafik.


Memetik laporan The Reporter, suspek enggan berhenti walaupun diminta berbuat demikian dan terus menunggang dalam keadaan berbahaya. 

Kredit Foto - Ihsan Pembaca Facebook

Akibat kecuaian diri, motosikal suspek terlanggar jalan berlubang lalu menyebabkan dia hilang kawalan, melambung sebelum terhempas dan terseret beberapa meter bukan ditendang polis seperti didakwa netizen.

Netizen juga mengecam tindakan pemuda itu yang enggan berhenti walaupun diarahkan.

Kredit Foto - Facebook My Media Hub

Suspek mengalami kecederaan ringan dan dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan menjalani ujian saringan air kencing. Walau bagaimanapun keputusannya adalah negatif. 

Sementara itu, polis telah mengeluarkan lima saman terhadapnya atas kesalahan menunggang tanpa lesen, tidak memakai topi keledar dan motosikal tanpa nombor pendaftaran. 

Pemilik kenderaan turut disaman kerana membenarkan suspek yang tidak mempunyai lesen menunggang motosikal itu dan tidak mempunyai cermin sisi. 

Patut la awak lari dik. Banyak betul kesalahan jalan raya. Apa pun tindakan sedemikian boleh mengundang padah pada diri sendiri dan orang lain.  

Terimalah saman dari pihak berkuasa dengan hati yang terbuka kalau nak hidup lama. - CARI 
1

Bagus

Marah
1

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote NekNgah 17-2-2020 01:09 PM
Lain kali berhenti ajelah,  cc moto awak vs cc moto polis tak padan. Polis trained rider, awak rider kampung aje.
Quote shernazz 17-2-2020 01:24 PM
Kuuu jejak jalan yang berliku
Membara jiwaku memburuuu impian
Ku langgar jalan yang berlubang
Biarpun tersadai ditepiannnn jalannnnn
Quote LadyCarefree 17-2-2020 01:39 PM
Mat rempit Kelantan. Whaddouexpek
Quote Kurex 17-2-2020 01:43 PM
meneguh wakluuuuhhh
Quote prettyuglybabe 17-2-2020 01:44 PM
padan muka je la..
kalau tak wat salah, tak yah lari..
Quote makita 17-2-2020 01:45 PM
Ni bukan berani. Ni tahap cerdik negatif 100.
Quote husna_amal 17-2-2020 02:42 PM
budak ni cepat gelabah walaupun tahu dah buat salah.
Quote MissLana 17-2-2020 02:49 PM
huhu nasib baik takde tino monggek kt belakang
Quote Artemesiaa 17-2-2020 03:20 PM
Mendapat sudah
Quote sharlenetexas 17-2-2020 03:21 PM
[ig]https://www.instagram.com/p/B8oNIhTACAv/?igshid=uxo1d6r2wjni[/ig]
Quote domestobot 17-2-2020 04:01 PM
camni rupanya berlatih menunggang motosikal untuk berhijrah ke KL lepas SPM. barulah dapat menongkah arus dan onak ranjau kotaraya. sekali terbang terpelanting
Quote paralyzedMind 17-2-2020 04:51 PM
banyak betul kesalahan dia buat
patut la pon lari tak nak berenti
Quote cahaya_almas 17-2-2020 04:51 PM
Ramai jgk yg salahkan polis tu...siap tanya andaikan yg kena kejar tu anak kau..mcm mana..apa perasaan kau....huhu..parent mcm ni lh yg leh rosakkan anak2....
Quote Cassieopeia 17-2-2020 05:36 PM
saman dapat, sakitpun dapat..moga bertabahla dik...
Quote renko 17-2-2020 07:00 PM
cahaya_almas replied at 17-2-2020 04:51 PM
Ramai jgk yg salahkan polis tu...siap tanya andaikan yg kena kejar tu anak kau..mcm mana..apa perasa ...

itu jenis sakai xberlesen la tuotak taik sungguh
Quote Kuasaberganda 17-2-2020 08:53 PM
shernazz: Kuuu jejak jalan yang berlikuMembara jiwaku memburuuu impianKu langgar jalan yang berlubangBiarpun tersadai ditepiannnn jalannnnn

wow . siap tuju lagu

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:05 PM GMT+8 , Processed in 0.062852 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top