Masalah jiran-jiran yang mementingkan diri sendiri memang sentiasa berlaku di mana-mana sekalipun. Tidak kiralah di bandar atau di kampung pasti ada makhluk yang tidak faham bahasa ini. Terbaharu, wanita ini meluahkan rasa geram apabila kereta jirannya parkir betul-betul di hadapan rumahnya. Sehinggakan dia pula yang terpaksa memarkir keretanya jauh dari rumah. Apatah lagi terpaksa membawa barang anaknya membuatkan dia meluahkan di laman Twitter. Walaupun terpaksa menunggu semalaman sehingga hon berkali-kali, tiada jiran yang dimaksudkan keluar. Sedangkan rumah mereka kosong (tiada kereta) hanyalah bertentangan dengan rumahnya.
Ramai warganet memberikan pendapat yang berbeza-beza. Ada yang meminta wanita ini memberitahu jirannya sendiri berbanding meraih simpati di Twitter. Ada juga yang turut mengalami masalah sama iaitu kereta jiran parkir di hadapan rumah mereka. Selain itu, ada juga warganet yang meminta membeli kon untuk menanda kawasan dan lain-lain. Akhirnya wanita ini menjelaskan yang dia mendapat parkirnya kembali setelah dua malam setelah membunyikan hon bertalu-talu. Kasihannya tapi ini realiti yang terpaksa dihadapi oleh kejiranan sebegini. Jadi, perlukah kita memberitahu jiran secara baik atau terus membunyikan hon dengan cara yang agak kasar, baru mereka sedar agaknya? - CARI |
Levespa replied at 14-2-2020 03:22 PM
Gi je la cakap kat jiran tu.. Benda mcm ni pun nak viral.. Attention whore betul org sekarang
KekDurian replied at 14-2-2020 03:50 PM
Call je la majlis perbandaran & report..bbnu sume nk up kt socmed
KekDurian replied at 14-2-2020 03:50 PM
Call je la majlis perbandaran & report..bbnu sume nk up kt socmed
ADVERTISEMENT