CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengantin Perempuan Ditinggalkan

14-10-2013 04:41 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6256| Komen: 50

Gambar hiasan


Berlin: Seorang lelaki Jerman memulakan kehidupan berumah tangga dengan kesilapan besar selepas memandu selama dua jam di lebih raya sebelum menyedari dia terlupa isterinya tertinggal di sebuah stesen minyak.

Si suami berhenti mengisi minyak untuk seketika tanpa menyedari isterinya turun untuk ke tandas.

Dia hanya menyedari kesilapannya selepas memandu sejauh 200 kilometer.

“Reaksi pertama saya ialah adakah suami saya bodoh?” kata pengantin perempuan berusia 33 tahun itu ketika menceritakan kisah berkenaan di sebuah stesen radio swasta.


“Saya tidak mempunyai wang dan tidak mempunyai telefon ketika itu,” katanya.

Lelaki berkenaan menyangka isterinya tidur di belakang bas mini mereka dan meneruskan perjalanan selama dua jam dengan mendengar muzik.

Sebaik menyedari kesilapannya, lelaki itu berhenti di sebuah balai polis yang sebelum itu sudah pun dihubungi isterinya.

Pasangan pengantin baru itu yang berasal dari Brandenburg berhampiran Berlin disatukan semula lima jam kemudian di stesen minyak berkenaan.

Si isteri memberitahu stesen radio berkenaan bahawa dia tidak marah dengan kejadian itu.

“Saya tidak marahkannya. Bukan dia sengaja,” katanya. 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote JDT 14-10-2013 03:17 PM
Nasib baik jumpa balik...
Quote lilacomot 14-10-2013 03:18 PM
sabar je laaa...bleh lak lupe bini
Quote punkerzoe 14-10-2013 03:27 PM
camni pun ade...
tak menahan betol stetmen bininye...
"adekah suami saye bodoh ? "
Quote zorrro_03 14-10-2013 03:30 PM
waaaa. best nya mandu di autobahn jarman.  200km dlm masa 2 jam.  
Quote leylapple 14-10-2013 03:34 PM
zorrro_03 posted on 14-10-2013 03:30 PM
waaaa. best nya mandu di autobahn jarman.  200km dlm masa 2 jam.

sebab best sangat tu la sampai tertinggal bini...

entah2 teringat bini bila dah terasa nak memerlukan bini...sebelum tu tak hengat dunia
Quote tapibukanaku 14-10-2013 03:35 PM
punkerzoe posted on 14-10-2013 03:27 PM
camni pun ade...
tak menahan betol stetmen bininye...
"adekah suami saye bodoh ? "

boleh geng dgn mat yo ni
Quote Anakdesa 14-10-2013 03:36 PM
“Reaksi pertama saya ialah adakah suami saya bodoh?”


Senyum.... Tak perlu kata apa-apa.....
Quote cikatilia 14-10-2013 03:36 PM
hueh hueh
aku ingat berpisah dah
siap kata laki tu bodo
tp last2 bersatu semula..
Quote zorrro_03 14-10-2013 03:39 PM
leylapple posted on 14-10-2013 03:34 PM
sebab best sangat tu la sampai tertinggal bini...

entah2 teringat bini bila dah terasa nak meme ...

saya komen berdasarkan kelajuan kenderaan yg bergerak 200km dlm dua jam. dengarnya sana takde saman ekor.

Quote punkerzoe 14-10-2013 03:40 PM
tapibukanaku posted on 14-10-2013 03:35 PM
boleh geng dgn mat yo ni

hahaha... ade harapan jadik geng...
Quote JohnDeSouza 14-10-2013 03:43 PM
punkerzoe posted on 14-10-2013 03:27 PM
camni pun ade...
tak menahan betol stetmen bininye...
"adekah suami saye bodoh ? "

nasbib baik dia x cakap adakah suami saya dayus?
Quote punkerzoe 14-10-2013 03:46 PM
JohnDeSouza posted on 14-10-2013 03:43 PM
nasbib baik dia x cakap adakah suami saya dayus?

hahaha khennnn...
Quote tapibukanaku 14-10-2013 03:52 PM
punkerzoe posted on 14-10-2013 03:40 PM
hahaha... ade harapan jadik geng...

aku tak bodoh aku tak bodoh aku takbodoh
Quote punkerzoe 14-10-2013 03:55 PM
tapibukanaku posted on 14-10-2013 03:52 PM
aku tak bodoh aku tak bodoh aku takbodoh

hahaha... moyan sendirian...
Quote asher 14-10-2013 04:01 PM
nasib bwk keta..kalo naik flight lg haru..
Quote Lavender_Violet 14-10-2013 04:37 PM
Pengantin baru pun leh lupa bini???? Adoiyaiiiii
Quote raxief 14-10-2013 04:49 PM
zorrro_03 posted on 14-10-2013 03:30 PM
waaaa. best nya mandu di autobahn jarman.  200km dlm masa 2 jam.

200km 2 jam bukan ke dia maintain bawak 100kmh je? laju ke?

ke aku salah kira?
Quote raxief 14-10-2013 04:50 PM
aku x pelik pun lelaki ni terlupa bini dia, sbb dia drive bas mini, bukan kereta @ mpv..
Quote zorrro_03 14-10-2013 04:58 PM
raxief posted on 14-10-2013 04:49 PM
200km 2 jam bukan ke dia maintain bawak 100kmh je? laju ke?

ke aku salah kira?

betul dah tu. kat tempat kita padan dgn jem je.  dah laaa 70kmj

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:10 PM GMT+8 , Processed in 0.230799 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top