CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Man Raja Lawak Ganti Tempat Abam Dalam Korupsi Dewan Semandung, Mampukah?

15-2-2020 09:00 AM| Diterbitkan: top5complete| Dilihat: 8146| Komen: 28

Suasana tidak lagi sama dalam Maharaja Lawak dan banyak perkara yang akan berubah setelah pemergian Arwah Abam Bocey. Semalam telah dibincangkan tentang pengganti watak Abam dalam teater komedi, Korupsi Dewan Semandung.

Foto: Google

Pihak penerbit dan produksi telah bersepakat untuk memilih Man untuk menggantikan tempat Allahyarham Abam. Walaupun menghadapi kesukaran dalam membuat keputusan, mereka percaya Man Maharaja Lawak mampu untuk menyandang tugasan itu tanpa sebarang masalah memandangkan dia mempunyai bakat yang tersendiri dan watak itu juga sesuai dengan karakternya.

Foto: Google

Memetik laporan mStar, Khir Rahman percaya mereka membuat keputusan yang betul.

"Sebelum memilih pengganti, kita melihat beberapa faktor yang sesuai dengan penonton, kita akui Abam ada keistimewaan sendiri, jadi kita perlu cari seseorang yang setara atau yang boleh mengatasi Abam.

Foto: Berita Harian

"Setelah perbincangan dan menyenaraikan tiga nama, akhirnya kami memilih Man Raja Lawak atau Man Puteh," katanya kepada mStar.

"Kami percaya Man akan dapat menggantikan arwah Abam di pentas itu nanti. Man telah melalui evolusi dari awal pembabitan sebagai pelawak sehinggalah terbaru memenangi Maharaja Lawak Mega 2019 Januari 2019," tambahnya lagi.

Foto: mStar

Semoga teater ini berjalan dengan jayanya. Untuk pengetahuan semua, teater komedi seram, Korupsi Dewan Semandung akan dipentaskan di Istana Budaya pada 28 hinggi 29 Febuari dan 1 Mac. Jom ramai-ramai memeriahkan pementasan Korupsi Dewan Semandung. - CARI 



Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jerukkedondong 15-2-2020 09:08 AM
Boleh la nak ganti..tapi tak sama oiiii dgn yg dah pergi....
Dan berpada2 lh dalam melawak tu..
Alfatihah ( dgn bacaan) utk abam
Quote RatuDunia94 15-2-2020 11:30 AM
Ogy dulu pernah ada isu dgn abam kan masa program bintang mencai bintang..
Quote Suchi 15-2-2020 12:33 PM
RatuDunia94 replied at 15-2-2020 11:30 AM
Ogy dulu pernah ada isu dgn abam kan masa program bintang mencai bintang..

Isu apa ye? Tp elok plak abam ikutkan akan berlakon teater ni kan.
Lagipun menda dah lama kan masing2 dah move on la tu.

Forumer cari pun sblm ni ade yg bising bila abam bgtau tgh plan nak tambah ank lagi. Tp bila abam ninggal semua pakat teriok belaka plak.
Quote GegarVaganja 15-2-2020 12:39 PM
Tulis tarikh 28 februari sehingga 1 mac je tak boleh ke? Siapa la yang tulis artikel ni. Adoi.

Quote Ladybird910 15-2-2020 01:20 PM
Okla man amik job tu..tp kenapa bukan pass pada ali? Erm..
Quote Sally6162 15-2-2020 01:24 PM
Alaaaa jeki si man lah tu... lg pun kehidupan man lps menang dholu suam2 kuku jehhh... manusia jaman skrg klu org tu masih ada nyawa d dunia nie... tak d hiraukan pun.. tp bl dah masuk 6 kaki ke bwh br lah korek2 sume citer ttg org tu... time tu pun dah tak guna bsedih duka segala hokeyyyy
Quote fadz84 15-2-2020 04:43 PM
GegarVaganja replied at 15-2-2020 12:39 PM
Tulis tarikh 28 februari sehingga 1 mac je tak boleh ke? Siapa la yang tulis artikel ni. Adoi.

:c ...

Terpaksa I skrol atas semula nk tgk cara penulisan tarikh tu.. uhukkss
Quote dudaberhias 15-2-2020 05:05 PM
Man ni pun iols tengok haritu dia lari atas pentas pun penat tercungap, harap2 jaga la kesihatan dia.
Quote Kurex 15-2-2020 09:54 PM
dudaberhias: Man ni pun iols tengok haritu dia lari atas pentas pun penat tercungap, harap2 jaga la kesihatan dia.


harap @dudaberhias buat cpr dekat man kalau berlaku apa2 nanti
Quote dudaberhias 15-2-2020 10:03 PM
Kurex replied at 15-2-2020 09:54 PM
harap @dudaberhias buat cpr dekat man kalau berlaku apa2 nanti

choiiii... uolsss la buat CPR... bukan ke uolsss kata uolsss rembes dekat kopek man tu pecs dia besar uolss kata... sado and sasa
Quote Kurex 15-2-2020 11:04 PM
dudaberhias replied at 15-2-2020 10:03 PM
choiiii... uolsss la buat CPR... bukan ke uolsss kata uolsss rembes dekat kopek man tu  pecs dia ...

fitnohhhhhhhhh itu dosa
Quote Cassieopeia 16-2-2020 07:31 AM
Ladybird910 replied at 15-2-2020 01:20 PM
Okla man amik job tu..tp kenapa bukan pass pada ali? Erm..

watak ni utk yg badan besar kot..
Quote telracs 16-2-2020 09:51 AM
fadz84 replied at 15-2-2020 08:43 AM
Terpaksa I skrol atas semula nk tgk cara penulisan tarikh tu.. uhukkss

Hahaha.....sama dengan iols...
Quote Ladybird910 16-2-2020 09:56 AM
Cassieopeia replied at 16-2-2020 07:31 AM
watak ni utk yg badan besar kot..

Ali pon besar juga..lbh kurang man.yg kurus kempeng mcm cicak tu lg sorg
Quote EvieWanKenobi 16-2-2020 11:19 AM
oo nama dia Man rupanya..
ada juga tengok di tv tapi tak tau namanya..

bila dia berlawak rasanya muka dia yang lawak..
Quote adm7 16-2-2020 03:38 PM
GegarVaganja: Tulis tarikh 28 februari sehingga 1 mac je tak boleh ke? Siapa la yang tulis artikel ni. Adoi.

Macam tak biasa pulak..
Kebanyakkan warga kerja cari ni bukannya pandai

Quote rayray28 16-2-2020 08:08 PM
Man ni pn skg cm gigih berdiet..dh mula nk jaga kesihatan kot
Quote NonaNaga 16-2-2020 08:34 PM
best ke teater ni .....dr maza pun ada
Quote mamarilia 17-2-2020 09:43 AM
Cassieopeia replied at 16-2-2020 07:31 AM
watak ni utk yg badan besar kot..

Ai pun rasa benda yg sama...

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 12:15 PM GMT+8 , Processed in 0.128178 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top