Kejutan hari jadi kebiasaannya disambut dengan gelak tawa dan penuh gurauan, namun lain pula situasinya buat Fad Bocey yang menerima kejutan hari jadi di majlis tahlil Allahyarham Abam.
Muhammad Fadzlie bin Mohd Nizam atau nama mesra beliau Fad Bocey, tidak dapat menahan sebak apabila isteri dan sahabat handai memberi kejutan hari jadi yang ke-29 di rumah kediaman Ali Puteh dan Allahyarham Abam.
Sambutan hari jadi tersebut dilakukan secara sederhana bagi menghormati majlis, dengan hanya sebiji kek yang dibawa masuk secara kejutan oleh isterinya dan Ali Puteh. Turut hadir, sahabat handai dan kaum keluarga yang turut berada di majlis tahlil tersebut. "Kita baik ramai sayang" Melihatkan kejutan ini, Fad terus menutup matanya dan menangis selepas membaca ucapan di atas kek yang merupakan ayat kegemaran Allahyarham Abam. Terlihat Achey dan Ali Puteh di sebelah cuba menenangkan Fad yang sebak menahan daripada menangis. "Memang biasa je sambutan Fad.. tapi aku percaya ini birthday paling kau ingat.." - Achey Melihatkan keakraban persahabatan mereka bertiga, pastinya kehilangan Allahyarham begitu dirasai selepas mereka telah lama bersama dalam industri lawak tanah air. Selamat hari jadi buat Fad Bocey! - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|