"Paling teruk masa nak kebumikan, semua berebut ke depan keluarkan phone. Bila setel dan nak mulakan talkin terus ramai blah sambil cek apa yang dapat dirakam...korang ni ada masalah mental ke? Itu luahan pemuda di Twitter ini mengenai tabiat kebanyakkan orang Malaysia yang suka merakam apa sahaja insiden tanpa mengambil kira sensitiviti pihak tertentu. Merujuk kepada majlis pengebumian pelawak Abam Bocey di Gombak beberapa hari lalu, jelas ribuan orang yang menghadiri untuk solat jenazah dan mendoakan arwah.
Bagaimanapun, apa yang ingin diperkatakan adalah ramai juga yang turut 'kecoh' apabila merakamkan segala kejadian sepanjang proses tersebut seolah-olah merekalah wartawan sebenar. Semuanya hanyalah kerana keinginan untuk muncul sebagai orang pertama di sosial media dan sebagainya. Gejala tidak sihat ini menular bukan sahaja di masjid, malahan di liang kubur sekalipun golongan ini turut membuat 'liputan langsung'. Mengapakah sampai begitu sekali? Kejadian ini boleh dilihat menerusi rakaman video beberapa pihak yang menunjukkan orang ramai berpusu-pusu mengeluarkan telefon bimbit masing-masing. Lebih parah apabila puak ini menghalang kerja mengangkat jenazah masuk ke dalam ambulan hingga menyusahkan petugas untuk membuat kerja. Sehinggalah petugas memarahi mereka, barulah telefon itu disimpan kembali. Menceritakan kembali situasi tersebut, bukan sahaja di dalam masjid, malahan di mana-mana sahaja 'wartawan' ini merakamkan situasi sehingga mengalahkan wartawan sebenar membuat kerja! Tidak hanya itu, ketika jenazah Abam hendak dimandikan pun, ada yang merakam secara curi-curi ketika jenazah dibawa masuk. Kemudian, petugas mengacah untuk membaling batu, barulah puak ini berhenti merakamkan video. Ianya berterusan hinggalah jenazah dibawa ke perkuburan. Rata-rata warganet berasa marah dengan kejadian ini sehinggakan ada yang mahu merampas telefon puak-puak yang tidak berfikir panjang ini. Agak sukar untuk mengatasi perkara sebegini jika semuanya mahukan perhatian dari media sosial. Golongan ini merasakan adalah penting untuk membuat liputan langsung supaya kenalan maya mereka mengetahui hal ini dan dipuji betapa hebatnya mereka. Aduh! pening juga sebenarnya kerana ia sudah menjadi kebiasaan bagi pemilik telefon pintar yang mahu berkongsi apa sahaja. Bagaimanapun, merakamkan hingga menghalang petugas awam untuk bertindak sebenarnya adalah satu kesalahan. Jadi, hati-hati ya. - CARI |
matbad replied at 14-2-2020 10:33 AM
Tanam skali dgn org yg rakam tu..bleh kita tgk live lps tanam dalam kubur mcm mna
ADVERTISEMENT