Tular klip video banduan dibogelkan dan dibelasah sebelum kepalanya disumbat di dalam mangkuk tandas. Memetik METRO, kejadian dipercayai berlaku di penjara Pentonville, London.
Menerusi video itu, kedengaran lelaki berusia 21 tahun berkenaan merayu apabila disebat dengan kabel elektrik dan dipaksa menanggalkan pakaiannya. Lelaki itu diugut menanggalkan pakaiannya jika tidak mahu kepalanya juga disebat dengan objek berkenaan. Kelihatan dia meronta-ronta apabila kepalanya dimasukkan ke dalam mangkuk tandas dan merayu agar mereka berhenti menyeksanya. Difahamkan, lelaki itu dipenjarakan selepas didakwa mengurung dan merogol seorang kanak-kanak perempuan di sebuah flat di utara London. Malah, dua rakan lelaki terbabit memaksa kanak-kanak itu melakukan seks oral. Sementara itu, jurucakap penjara mengesahkan seorang banduan diberi rawatan akibat mengalami kecederaan ringan selepas diserang di penjara Pentonville pada 9 Februari dan kes masih dalam siasatan polis. - CARI
|
ikanmasin replied at 13-2-2020 06:24 PM
sll baca kalau kat penjara kalau merogol kanak2 mmg siaplah
sbb banduan2 tu tak bole terima kalau p ...
firdAwAni replied at 13-2-2020 07:35 PM
Ya2.. Betoi tu.. Depa tu pntang klu banduan msuk pnjara sbb rogol atau liwat bdk2 ni..
rina0602 replied at 13-2-2020 06:22 PM
orang putih ni marah betul ye kalau ada pedophile dalam penjara. teringat yang baru2 ni mati tu. pa ...
ADVERTISEMENT