CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kakitangan Awam Dipecat

14-10-2013 04:35 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 2712| Komen: 9



BEIJING - Seorang pegawai bawahan di China dipecat kerana mengadakan satu majlis perkahwinan serba mewah di sini baru-baru ini, lapor media tempatan.

Pegawai berkenaan, Ma Lingxiang menjadi sasaran terbaharu tindakan keras pemerintah dalam menangani rasuah dan pembaziran melibatkan pegawai kerajaan di China.

Agensi berita rasmi Xinhua melaporkan, Lingxiang yang merupakan seorang timbalan ketua kampung mengadakan majlis perkahwinan anak lelakinya di Pusat Konvensyen Nasional China di bandar raya ini.

"Majlis itu turut dihiburkan oleh beberapa artis terkenal," menurut Xinhua.

Laporan itu memetik Lingxiang sebagai berkata, dia telah membelanjakan sebanyak 200,000 yuan (RM104,212) untuk mengadakan majlis perkahwinan itu.

"Baki perbelanjaan majlis perkahwinan tersebut ditanggung keluarga pengantin perempuan," katanya.

Namun, akhbar The Beijing News berkata, perbelanjaan majlis itu pada keseluruhannya mencecah 1.6 juta yuan (RM823,155).

Sementara itu, Agensi berita Xinhua menyatakan Lingxiang masih dalam siasatan walaupun tiada bukti kukuh menunjukkan dia telah menggelapkan dana awam. 




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tebuanharimau 14-10-2013 03:41 PM
kawin 3 skali ke apa ni?
Quote zorrro_03 14-10-2013 03:53 PM
tebuanharimau posted on 14-10-2013 03:41 PM
kawin 3 skali ke apa ni?

lee cong wei ke laki tu?  
Quote tebuanharimau 14-10-2013 03:54 PM
zorrro_03 posted on 14-10-2013 03:53 PM
lee cong wei ke laki tu?

nampak laki dlm gamba tu mcm lagi ensem dr LCW ..ops amponn LCW
Quote no.20 14-10-2013 03:56 PM
takleh blah tgk laki tu amik gambo silang kaki camtu
Quote tobby 14-10-2013 04:01 PM
malaysia pun patut buat mcm ni ... penjawat awam yg hidup mewah patut dipecat.
Quote zorrro_03 14-10-2013 04:06 PM
tebuanharimau posted on 14-10-2013 03:54 PM
nampak laki dlm gamba tu mcm lagi ensem dr LCW ..ops amponn LCW

mau kena saman sama lcw kah?  
Quote tebuanharimau 14-10-2013 04:15 PM
zorrro_03 posted on 14-10-2013 04:06 PM
mau kena saman sama lcw kah?

ala  bercakap jujur je ... maaf ye LCW
Quote zorrro_03 14-10-2013 04:23 PM
tebuanharimau posted on 14-10-2013 04:15 PM
ala  bercakap jujur je ... maaf ye LCW

            
Quote alieyrina 14-10-2013 04:38 PM
Tu gambaq hiasan kan..?

Baju, pesekitaran pengapit watsoever suma x semenggah..x nampak mewah ponn

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:30 PM GMT+8 , Processed in 0.583328 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top