Kes buli dalam kalangan pelajar sekolah nampaknya seperti tiada titik noktah. Baru-baru ini, tular rakaman video kes buli pelajar sekolah di media sosial. Dalam video itu, seorang pelajar dipukul secara berterusan tanpa belas kasihan. Walau bagaimanapun, mangsa dilihat tidak membalas pukulan tersebut. Lebih menyedihkan, pelajar lain tidak meleraikan langsung pergaduhan itu. Ekoran kejadian malang itu, mangsa berusia 15 tahun lebam di muka dan badan sebeum membuat laporan polis.
Memetik laporan Berita Harian, Timbalan Ketua Polis Kelantan Senior Asisten Komisioner Abdullah Mat Piah berkata, mangsa dipercayai dipukul sekumpulan suspek berusia antara 14 hingga 16 tahun di dalam sebuah kelas selepas menjalani aktiviti sukan di sekolahnya kira-kira jam 6 petang. Motif pergaduhan berpunca akibat berebut teman wanita. Mangsa dipukul, ditumbuk dan disepak beberapa kali oleh kumpulan pelajar dari sekolah sama. Rata-rata netizen mengecam tindakan pelajar berkenaan kerana tidak mencerminkan keperibadian seorang pelajar. Terkini, kesemua pelajar tersebut telah ditahan polis untuk membantu siasatan. Netizen berpuas hati dengan penahanan tersebut serta tindakan pantas pihak polis, tetapi berasa kasihan pula dengan ibu bapa kesemua pelajar ini kerana sikap tidak semenggah anak mereka. Waktu sekolah amatlah penting untuk terus fokus belajar demi masa depan, bukannya bergaduh berebut makwe. Jauh lagi perjalanan, dik. - CARI |
234126 replied at 13-2-2020 01:07 PM
anak kat sekolah cakap ketua kelas dia depan mak (ustazah) bukan main baik budi bahasa. Tapi bila ma ...
insulin replied at 13-2-2020 01:27 PM
Suruh anak u rakam video budak tu buat perangai buruk dia dan upload ke youtube. Then bolehlah han ...
234126 replied at 13-2-2020 01:30 PM
kena tunggu hari sukan la kot sebab waktu skolah biasa kena rampas phone nangis anak iol bwh tangg ...
insulin replied at 13-2-2020 01:33 PM
Zaman sekarang ni memang ni je cara yang berkesan. Bukti video/audio.
Anak sekolah rendah ke ...
234126 replied at 13-2-2020 01:30 PM
kena tunggu hari sukan la kot sebab waktu skolah biasa kena rampas phone nangis anak iol bwh tangg ...
ADVERTISEMENT