CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Buruh Ladang Sawit Mati Diparang Rakan Lepas Makan Malam Bersama

12-2-2020 04:23 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4089| Komen: 20

Buruh ladang sawit maut ditetak rakan sekerja warga Indonesia selepas makan malam di rumah suspek.

Sinar Harian melaporkan, kejadian berlaku di kawasan ladang sawit Kampung Beril, Paka, Dungun, awal pagi tadi.


Dalam kejadian, Mohd Zukanain Abd Aziz, 39, dari Kampung Bukit Nangka Santong, Paka meninggal dunia selepas hampir setengah jam dirawat di Klinik Kesihatan Paka akibat parah di leher kirinya.


Gambar hiasan: Amazon

Difahamkan, mangsa bersama isteri serta lima anak ke rumah kongsi suspek untuk makan malam, kira-kira jam 8 malam.


Kata isteri mangsa, mereka memutuskan untuk menumpang tidur di rumah kongsi terbabit kerana suspek dilihat seperti sedang memendam masalah selain tinggal bersendirian di rumah itu.

"Selesai makan, suspek dikatakan terus ke laman rumah dan melakukan kerja-kerja menebas belukar tanpa sepatah kata sebelum mangsa mengambil keputusan menghampiri lelaki itu untuk bertanyakan apa masalah yang sedang dihadapi kerana dilihat berperangai agak ganjil.

"Isteri mangsa memaklumkan kira-kira jam 2.45 pagi, dia masih melihat mangsa sedang berbual dengan suspek yang ketika itu sedang menebas di halaman rumah dan turut terdengar rakan sekerja suaminya itu memberitahu yang tidak mempunyai masalah.

"Selesai menebas, wanita itu memberitahu yang dia nampak suspek datang ke arah mangsa dengan memegang sebilah parang diambil di dalam kereta," kata Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah.

Lelaki itu kemudian menetak mangsa dan cuba menetak isteri mangsa yang sempat mengelak dan melarikan diri.

Mangsa yang masih sedar menggagahkan diri memandu keluar dari lokasi kejadian ke tapak pos pengawal pembinaan ECRL Kampung Beril untuk mendapatkan bantuan sebelum dibawa ke Klinik Kesihatan Paka.

Mangsa yang dibawa ke klinik bersama isteri yang turut cedera di tangan kiri bagaimanapun disahkan meninggal dunia selepas hampir setengah jam menerima rawatan.

Tambah Baharudin, mayat mangsa dibawa ke Hospital Dungun untuk dibedah siasat dan pihaknya menahan suspek berusia 29 tahun itu yang bersembunyi di belakang rumah kongsi berkenaan sekitar jam 9 pagi tadi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - CARI
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote EJALTI 12-2-2020 12:53 PM
Suspek tetak suami isteri ditahan

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... uami-isteri-ditahan

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 Februari 2020 @ 12:40 PM

Rosli Ilham
[email protected]



SUSPEK yang dipercayai menetak seorang buruh ladang sehingga maut di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Beril, Paka ditahan pada 9 pagi hari ini.

Suspek berusia 29 tahun yang juga bekerja sebagai buruh di ladang itu ditahan ketika bersembunyi di belakang rumah kongsi kira-kira 50 meter dari tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, polis yang menerima laporan kejadian daripada isteri mangsa pada 4 pagi, terus melancarkan gerakan memburu suspek.

“Suspek dikesan bersembunyi di belakang rumah kongsi sebelum ditahan. Turut dirampas sebilah parang sepanjang 0.4 meter dipercayai digunakan untuk membunuh mangsa.

“Suspek kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun untuk siasatan lanjut dan ditahan lokap sementara dibawa ke mahkamah untuk mendapat perintah reman, “katanya pada sidang media di IPD Dungun hari ini.

Baharudin berkata, isteri mangsa yang turut cedera kini sedang dirawat di Hospital Dungun.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan dan kita akan mengambil keterangan isteri mangsa bagi mengetahui punca sebenar kes terbabit, “katanya.

Dalam kejadian pada 2.45 pagi hari ini, mangsa Mohd Zukanain Abd Aziz, 39, maut ditetak di bahagian lehernya.

Isteri mangsa, Rosnah Muhamed, 34, yang turut ditetak terselamat dan cedera di tangan kanan ketika menahan tetakan parang suspek.

Sebaik menetak kedua-dua mangsa, suspek warga Indonesia yang dikenali sebagai Joko berusia, 29, bertindak melarikan diri.
Quote sarah82 12-2-2020 01:08 PM
Kes apa menetak sampai mati.. Gila.
Quote krustykrab 12-2-2020 01:24 PM
Kalau yg buat ni malysia kat indon...dah berbondong2 umah indon papa kedana duk baling taik kat kedutaan msia..
Quote buapakperut 12-2-2020 02:22 PM
ape yang ganjil sangat tu sampai mangsa start keluarkan parang, dah kenape kau keluarkan parang kalau tak reti pakai. keluarkan la timun ka, wortel ka, at least kalau dia rampas takdela kene parang
Quote mejaputih 12-2-2020 02:28 PM
Complicated jugak jln citer..awat pi rampas parang org sdgkan dia pun pegang parang..adoi..ada silap faham ni...apapun indon tu tetap bersalah tetak org..
Quote Boomibulat 12-2-2020 02:42 PM
Yg bawak anak bini pgi tidur kat ladang tu dh knp..?
Quote iminidin 12-2-2020 02:50 PM
pelik jalan ceritanya..
yang mangsa lak, bawak satu keluarga tido umah suspek knapa...

suspek pi tebas belukar. suka hati dia lah nak tebas tetengah awai pagi ka pa.. mangsa curiga... mangsa pi keluarkan parang. dah macam nak serang suspek pulak..

mgkin suspek bela diri. lalu menetak leher mangsa... apa pon.. tunggu lah csi buat keja......
Quote jazaa100 12-2-2020 03:10 PM
Boomibulat replied at 12-2-2020 02:42 PM
Yg bawak anak bini pgi tidur kat ladang tu dh knp..?

Tu lah.....

Pi tido rumah org tu knp?....
Mgkin suspek tak selesa....dah penat kerja ladang, nk berehat dorang pulak dtg tido bawak bini....

Yg indon ni tak de bini...tertekan le.....
Quote sukacactus 12-2-2020 03:16 PM
Dari awal citer sampai ke sudah, mcm pelik je
Quote Boomibulat 12-2-2020 03:23 PM
jazaa100 replied at 12-2-2020 03:10 PM
Tu lah.....

Pi tido rumah org tu knp?....

Kan..i nak lalu chowkit pikir 2,3 kali..ni sng2 nk tido rumah indon
Quote mejaputih 12-2-2020 04:18 PM
indon tu pi tebas belukar ..dia dtg kat mangsa maybe nk bgtau sumthing ke..tp mangsa lak gi kete amik parang..pastu rampas prg dari indon tu..eh xleh imagine la...
Quote Kurex 12-2-2020 04:33 PM
leluhur bugis yg muncul dari kuburan sebagai hidupUMNO
Quote noor2 12-2-2020 04:52 PM
Yg maut ni warga tempatan? ....
Quote husna_amal 12-2-2020 04:55 PM
sia2 je hidup kalau membunuh
Quote HidupUMNO 12-2-2020 05:32 PM
Kurex replied at 12-2-2020 04:33 PM
leluhur bugis yg muncul dari kuburan sebagai hidupUMNO

Hidup Mat Rempit! Hidup Makcik Jitra!
Quote Zumbajunkie 12-2-2020 05:56 PM
sesuatu betul. ke mangsa bangun  2pagi tengok  saspek dok usha bini dia tengah tidor? maka berparang mereka di situ.
Quote matchstick 12-2-2020 09:01 PM
Yg pegi rumah org tu sekeluarga dgn 5 anak makan kt rumah dia kenapa..org tu pun kerja buruh je. Ntah2 dia stress kena hidang dinner utk sekeluarga tu. Pastu si mangsa duk tanya berkali kali apa masalah suspek tu.
Quote dudaberhias 12-2-2020 09:09 PM
indon ada je tak puas hati dengan melayu...
Quote CiliPadiSedap 12-2-2020 10:26 PM
Cm kawan kaka satu rumah perempuan lepas tu ada bawa suami tidur. Mereka make love macam beruang koala. Hotel ada sila lah buat kt hotel. Sangap sangat pun jgn lah lepaskan di rumah sewa.

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:23 PM GMT+8 , Processed in 0.059007 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top