Datuk Fizz Fairuz berkongsi berita mengenai isterinya yang mengalami keguguran. Menurut aktor ini, Datin Almy Nadia keguguran pada usia kandungan 14 minggu.
Melalui Instagram, Fizz memberitahu yang dia reda dan kuat menerima takdir tersebut. "Al Fatihah, terima kasih Allah bagi kami 14 minggu bersama baby keempat saya. Papa tak nak nangis sebab papa kuat," tulisnya.
Sebelum ini pada 31 Disember, Fizz berkongsi berita gembira apabila Almy disahkan hamil. Dia juga berharap yang kali ini akan dikurniakan cahaya mata lelaki. Semoga Fizz dan keluarga bertabah. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|