Biadab! Seorang lelaki tidak sensitif dengan ketakutan dunia terhadap penularan wabak koronavirus, selamba menjadikan isu itu sebagai satu jenaka. Dipercayai berlaku di Singapura, seorang lelaki dirakam membuka penutup botol air di sebuah pasaraya.
Ingatkan kes picit-picit barang di Family Mart dah cukup teruk, rupanya ada lagi lebih teruk! Siap minum dan letak balik di bahagian jualan air di pasaraya berkenaan. Lebih menyakitkan hati apabila kapsyennya seolah-olah berjenaka mengenai wabak yang sedang melanda dunia hari ini. "Bagaimana nak sebarkan Wuhan," tulisnya. Video itu mendapat kecaman ramai termasuk Chef Wan dan Hisyam Hamid.
"Dah tua pun tak ada otak!" kata Chef Wan. Chef Wan atau Datuk Redzuawan Ismail turut berharap agar pemuda itu dikenakan hukuman untuk memberi pengajaran atas sikapnya. Berhati-hatilah membeli air kotak atau air botol di pasaraya mahupun di kedai runcit. Pastikan penutupnya masih tertutup kemas. - CARI |
husna_amal replied at 12-2-2020 12:38 PM
ternyata singapura takde lah semaju mana. masih lagi dengan masyarakat yang kurang adabnya
kiah_mai_pulak replied at 12-2-2020 12:55 PM
haruslahh gelabah tetek kalau isu mcm ni
ADVERTISEMENT