Kematian mengejut beberapa rakyat Malaysia seperti yang dipaparkan di media agak merisaukan. Meninggal ketika berjogging, bermain badminton dan lain-lain senaman berulang kali dilaporkan. Malahan, waktu kejadian adalah sama iaitu di waktu malam. Seorang warganet, Zack Rahim memberikan pendapatnya bahawa ia adalah akibat 'cardiac arrest', berlaku bila sistem elektrik jantung tidak berfungsi (malfunction). Tragedi yang berlaku ketika bersukan waktu malam haruslah dipandang serius. Ini kerana 'Cardiac arrest' adalah pembunuh senyap dan ia membunuh mereka yang tidak ada rekod sakit jantung sebelumnya.
"Jantung dan nadi terhenti terus dan mangsa tidak memberikan respon. Rawatan segera WAJIB diberikan kerana jika lambat bantu maka jantung akan berhenti buat selama2nya." Malahan menurutnya, ramai yang salah anggap menganggap ianya sebagai serangan jantung (heart attack) sedangkan kedua-duanya jauh berbeza. "Serangan jantung berlaku bila saluran jantung tersumbat dan darah gagal dibekalkan untuk 'circulation'. Orang yang kena serangan jantung boleh bercakap, ada nadi dan mampu beri respon. "Manakala 'cardiac arrest' berlaku bila sistem eletrik jantung terhenti sama sekali, jadi mereka tidak boleh bercakap, tak boleh respon dan nadi tiada. Jantungnya perlu di pump semula sama ada menggunakan automated exterbal defribilator (AED) jika ada atau CPR sebagai bantuan awal utk kejutkan semula jantung yang dah terhenti." Sebagai orang awam, adalah bagus jika kita ambil tahu cara untuk melakukan CPR sebagai bantuan awal. Hal ini menimbulkan pelbagai reaksi mengenai aktiviti bersukan waktu malam itu sendiri. Bagi Zack tidak salah bersukan walau dah berumur tetapi pastikan memahami waktu bila hendak berhenti. Juga pastikan badan tidak terlalu letih bekerja disiang hari dan bersukan dimalam hari seperti futsal, badminton, bolasepak atau gym. "Jika anda jarang bersukan dan tiba-tiba bersukan terlalu aktif atau agresif, maka anda mungkin gagal mengawal jantung. Jangan samakan diri dengan ahli sukan aktif atau professional. Malah, ahli sukan professional juga ramai yang mati di padang akibat cardiac arrest." Cara terbaik elak cardiac arrest ialah FAHAMI KEMAMPUAN diri sendiri. Tidak perlu menunjuk hebat dalam permainan sedangkan badan ketika itu tidak mampu. Maklumlah Cardiac Arrest datang tiba-tiba. Menakutkan, jadi sentiasalah bersederhana dalam apa jua aktiviti anda ya kerana simptom ini menyerang tidak mengira siapa atau umur mangsa. - CARI |
meow_tompok replied at 11-2-2020 12:01 PM
ada coach kurus bagitau kat aku, kalau nak exercise sebelum 11 malam. Selepas 11 mlm waktu kita bere ...
Cari-Azza replied at 11-2-2020 12:20 PM
Oh. Means boleh lah lagi bersukan malam ya. Ingatkan takleh terus. Tq2
AbukRokok replied at 11-2-2020 12:43 PM
ini satu hal lagi tgh2 malam buat acara merentas desa kat area bandar/perumahan
apake bodo organize ...
ADVERTISEMENT