![]() Wanita Tersangkut Atas Jambatan Setinggi 20 Kaki - Seorang wanita di Fort Lauderdale, Florida, Dania Beach, 55, terpaksa berdiri dalam keadaan menyandar pada sebuah jambatan setinggi 22 kaki dari air kira-kira 20 minit sebelum diselamatkan oleh pasukan bomba.
Alkisahnya, jambatan tersebut merupakan landasan keretapi yang melintasi Sungai New dan boleh dinaikkan untuk laluan bot. ![]() Entah bagaimana Dania boleh mengambil keputusan untuk melalui jambatan tersebut walhal terdapat sebuah laluan untuk pejalan kaki berhampiran kawasan itu. Sedang dia melalui jambatan tersebut, secara tiba-tiba jambatan itu terangkat perlahan-lahan dan dia tidak sempat untuk berlari ke seberang jalan. Bagaimanapun, wanita itu sempat berpaut pada trek dalam keadaan menghadap ke hadapan dan menyandar pada landasan. Saksi kejadian tersebut segera menghubungi pasukan penyelamat yang kemudiannya membantu Dania turun dengan selamat menggunakan tangga sepanjang 24 kaki. Operasi menyelamat itu mengambil masa kira-kira 20 minit dan orang ramai yang menyaksikan kejadian itu bertepuk tangan apabila Dania berjaya dibawa turun. Itulah, manusia memang suka ambil jalan mudah semata-mata mahu tiba cepat ke destinasi yang dituju. Tak fikir keselamatan diri walhal hidup ini hanya sekali saja.
|
sapp73 posted on 14-10-2013 09:19 AM
nasib baik selamat....sebelum jambatan tu dinaikkan mesti ada alarm atau bell ke hapa, yang tak ki ...
sapp73 posted on 14-10-2013 09:52 AM
lesson learnt the hard way....kat malaysia ni pun sama...kadang siren lintasan keretapi yang nak d ...
nurfariezza posted on 14-10-2013 03:02 PM
nmpak mcm bra 2 di pkai diluar je..
gigih i scan hokey..hehhe
ADVERTISEMENT