Antara trending minggu ini ialah kisah Fynn Jamal yang memberi nasihat sarkastik kepada mesej seorang remaja di Instagramnya. Remaja tersebut bertanya mengenai masalah dirinya yang dikongkong oleh ibu bapanya hingga membuatkan dia terpaksa menipu mereka. Bagaimanapun cara jawapan Fynn kepada remaja itu tidak dipersetujui oleh empunya badan hingga dia disekat di media sosial. Lalu Fynn memuat naik mengenai perbualan tersebut dengan jawapan yang juga padu. Bagi Fynn Jamal, pengalamannya mengendalikan kes juvana, remaja hamil luar nikah dan sebagainya sudah menjelaskan yang remaja terlanjur adalah berpunca daripada perasaan menipu ibu bapa tidak apa. Bermula dengan sikit-sikit, lama kelamaan penipuan menjadi masalah yang lebih membebankan mereka. Itu menyebabkan Fynn marah dengan masalah sebegini. Namun, ada segelintir warganet merasakan cara Fynn terlalu keras, betul ke? Bagi yang merasakan teguran Fynn itu tidak beradab, ianya adalah kerana remaja itu hanya mencari pendapat dan mungkin dia merasakan dengan bertanya kepada 'role model'nya ia mampu meredakan tekanannnya. Namun dengan jawapan seperti itu, ia langsung tidak menyelesaikan masalah kerana sindiran tidak berkesan pada semua orang. Bagaimanapun, ada juga yang bersetuju dengan jawapan dari Fynn yang merasakan betapa tidak perlunya soalan tersebut. Menipu ibu bapa hanya kerana ingin keluar bersama rakan-rakan adalah satu bentuk 'kejahatan' yang akan berakar-akar nanti. Wah! Memang macam-macam pendapat yang dilontarkan oleh warganet sama ada bersetuju atau tidak, masing-masing mempunyai hujah sendiri. Fynn Jamal memang sentiasa menjadi rujukan remaja dan laman instagramnya juga sentiasa menjadi tempat pertanyaan. Mengenali Fynn yang popular di forum dengan sesuatu yang berbeza di zaman mudanya, jadi anda ada pendapat yang lain mengenai isu terbaharu ini? - CARI |
bondeh replied at 10-2-2020 11:29 AM
kokspin dgn dr. amalina aku prefer dr. amalina. itu jahhhh...tiberrrrr
meow_tompok replied at 10-2-2020 11:46 AM
yep setuju, aku pun follow ig dr. amalina, at least dia share benda2 yg berfaedah nak dibaca kat i ...
ADVERTISEMENT