Pastinya ia menjadi berita yang mengejutkan dan mendukacitakan buat pengunjung Golden Screen Cinema (GSC) kerana khabarnya cawangan pawagam itu di Pavilion Kuala Lumpur bakal ditutup.
Memetik laporan Astro Awani, penutupan pawagam itu bermula 16 Februari depan. Pihak GSC memaklumkan perkara tersebut menerusi satu hantaran di Twitter dan berkata orang ramai masih boleh menonton filem di GSC berdekatan seperti di MyTown, Cheras, GSC Quill City Mall dan The Garden Mall. “Kami ingin mengambil kesempatan dengan mengucapkan berbanyak terima kasih kepada kaki wayang atas sokongan anda ke atas GSC Pavilion sejak ia dibuka (sekitar 12 tahun lalu). “Nantikan pembukaan GSC di lokasi terbaharu,” jelas kenyataan itu. Selepas 13 tahun, GSC Pavilion yang dibuka pada 2007 itu pasti meninggalkan banyak momen indah buat para pengunjung setianya. Dalam pada itu, adanya ura-ura syarikat tersebut akan diambil oleh sebuah syarikat pawagam dari China, meskipun tiada apa-apa pengesahan dibuat oleh GSC. Malah, di laman sosial para pengguna mahukan penjelasan mengapa ia ditutup. - CARI
|
Kurex replied at 7-2-2020 09:59 AM
pulak... nak tengok cerita apa dari sana? bukan best pun....
sadiq_segaraga replied at 7-2-2020 10:01 AM
Rindu zaman pawagam Rex, Lido dan Capitol
Boomibulat replied at 7-2-2020 10:04 AM
Citer same gak kut..tukar komepeni je
Kurex replied at 7-2-2020 10:07 AM
aku bayangkan cerita macam dekat astro channel 321
Boomibulat replied at 7-2-2020 10:05 AM
First time i tgk wayang adalah kat REX..tahun 90an..Capitol yg dkt jln raja laut tu ke..yg ada cit ...
rospinki replied at 7-2-2020 11:07 AM
rex dekat jalan sultan tu kan?
lepastu ada panggung kt jalan pudu lepas penat2 cari adik sesat ...
akuMNdia replied at 7-2-2020 11:12 AM
dulu rajin pi tgk wayang kat belakang central market tu sbb kat situ tak ramai org..
Boomibulat replied at 7-2-2020 11:14 AM
ye la kat situ..zaman2 naik bas puduraya..filem yg i ingt tgk kat situ Mr Bean,James bond,Jurassic ...
rospinki replied at 7-2-2020 12:03 PM
aah kan ada kfc..2 kali pernah tengok movie kat situ filem whales dan lion king..sorang-sorang pi ...
Boomibulat replied at 7-2-2020 12:05 PM
ye..thn 96-99 gitu..masa tu tu nando baru je bukak
ADVERTISEMENT