CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengantin Buat Live Streaming Dari Bilik, Bimbang Tetamu Terkena Koronavirus

7-2-2020 12:43 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 4759| Komen: 26

Penangan wabak koronavirus membuatkan pasangan di Singapura ini hanya menyiarkan majlis perkahwinan mereka secara live streaming dari bilik hotel.

Mereka yang baru pulang dari China mahu meraikan para tetamu yang hadir dan dalam masa yang sama tidak mahu mereka terdedah dengan risiko koronavirus. 

Memetik laporan BBC, pasangan tersebut Joseph Yew dan isterinya  Kang Ting yang berasal dari Hunan berkunjung ke China pada 24 Januari lalu bagi menyambut Tahun Baru Cina bersama keluarga isteri. 

Kredit foto: BBC

Kata Yew, situasi di Hunan agak tenang memandangkan kawasan yang dikunjungi merupakan kawasan desa. 

Keduanya pulang ke Singapura pada 30 Januari bagi melangsungkan perkahwinan yang diadakan di sebuah hotel. 


"Ramai tetamu berasa takut apabila mendapat tahu kami baru pulang dari China. Segelintir daripada jemputan enggan hadir. 

"Oleh itu, kami membuat keputusan untuk mengadakan majlis tersebut menerusi sidang media. Sebahagian daripada mereka terkejut malah ibu bapa saya juga pada mulanya tidak setuju," katanya. 

Justeru, tidak mengejutkan hanya 110 tetamu yang hadir daripada 190 tetamu yang dijemput. - CARI 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KIM.K 7-2-2020 11:34 AM
Raya ni pun org Msia duk rumah je
Quote Artemesiaa 7-2-2020 11:40 AM
Bagus juga cara tu demi keselamatan dan keselesaan sama2 rasa aman yang penting perkahwinan mereka dah diumumkan
Quote bintangct 7-2-2020 11:42 AM
ramai juga la yg dtg tuu lebih dr separuh.. ok watt
Quote rainbowrainz 7-2-2020 11:49 AM
Kalau iols x datang le sorrryyyy
Quote kelapaparut 7-2-2020 12:05 PM
Gara2 korang mkn kelawar, semue org takut kluar rumah
Quote palmolive 7-2-2020 12:17 PM
live streaming tu make sure buh no akaun siap2 dlm video
Quote Kurex 7-2-2020 12:19 PM
kalau aku pun aku takkan pergi
Quote R2D2 7-2-2020 12:47 PM
cina pun kenduri kahwin
bukan ke tetamu ke hulurkan jumlah tertentu ka pd tuan rumah
kemudian tulis di buku tamu
kalau live streaming jimat sikit duit
Quote R2D2 7-2-2020 12:48 PM
Quote MissVixen 7-2-2020 12:50 PM
Raya ni pun bahaya nak berkumpul ramai2. Shopping barang ramai2 pun rasa seram juga. Beli online je la kuih2 dan baju.
Quote epal21 7-2-2020 12:54 PM
Kesiannya. Tak dapat salam kaut. Rugilah dah tempah meja banyak2.
Quote ohnoLia 7-2-2020 01:05 PM
Nice.jika sudah jodoh segala cubaan itu ada cara utk kitta workaround
Quote Nana_Man 7-2-2020 02:02 PM
epal21 replied at 7-2-2020 12:54 PM
Kesiannya. Tak dapat salam kaut. Rugilah dah tempah meja banyak2.

Mgkn ada yg tak dtg pun kasi $$ jgk. Makanan yg berlebihan pun tetamu bungkus balik jgk.
Quote RumiMenari 7-2-2020 02:06 PM
MissVixen replied at 7-2-2020 12:50 PM
Raya ni pun bahaya nak berkumpul ramai2. Shopping barang ramai2 pun rasa seram juga. Beli online je  ...

Xyah beli kuih.. xbg org dtg rumah hahaha.. baju raya pun recycle je.. solat raya lepas tu duduk rumah je.. tgk tv je.. so stesen tv sila pastikan thn ni rancangan best2..
Quote sukacactus 7-2-2020 02:08 PM
Nak buat cemana kan
Tu pun ramai gak yg hadir
Aku ni pun sambut anniversary kat umah je la kali ni
Sungguh xsesuai nak ke mana2
Quote rosa_canina 7-2-2020 02:18 PM
alamakk.. bos haku pun kenduri kawin anak dia lg 2 mggu..

serba salah nk dtg ke tak musim virus ni  
Quote husna_amal 7-2-2020 02:57 PM
Dibelenggu koronavirus masyarakat sekarang ni. Pergerakkan terbatas dan was2 dimana saja.
Quote lipans 7-2-2020 03:08 PM
raya pun live streaming je la.
Quote R2D2 7-2-2020 03:26 PM
Rakyat Malaysia pertama positif koronavirus dianggar telah berjumpa 74 individu
Khamis, 6 Februari 2020 10:38 AM


SEORANG lelaki berusia 41 tahun yang baru pulang dari menghadiri mesyuarat di Singapura disahkan menjadi warga Malaysia pertama menghidap koronavirus.

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, lelaki itu telah bertemu dengan delegasi dari China, malah ada di antaranya datang dari Wuhan.

Selepas pulang dari Singapura, pesakit kemudian dikatakan telah pergi ke Sungai Petani bersama isterinya semasa cuti Tahun Baharu Cina, dan dalam masa yang sama menunjukkan gejala-gejala berkemungkinan dijangkiti koronavirus, lapor Sin Chew Daily.


Disebabkan gejala yang ditunjukkan pada masa itu hanyalah seperti selesema biasa selepas dia mengalami demam dan batuk, dia hanya pergi ke sebuah hospital swasta untuk mendapatkan rawatan pada 23 Januari lalu.

Selepas itu, lelaki berkenaan merayakan Tahun Baharu Cina dengan keluarganya di kampung halamannya di Sungai Petani, Kedah. Mereka juga mengambil gambar keluarga bersama-sama.

Lelaki itu diasingkan di Hospital Sungai Buloh pada 2 Februari lalu, selepas dia disahkan positif koronavirus menurut WOB.

Sementara itu dalam perkembangan terbaharu, Dr Dzulkefly menerusi satu sidang media pada Khamis mengesahkan individu berkenaan tidak ke Kelantan sebagai mana dilaporkan.

Lelaki itu didakwa mempunyai kontak dengan 74 orang sepanjang membuat perjalanan di Malaysia dalam tempoh perayaan berkenaan.

Sehingga Khamis, jumlah kumulatif positif koronavirus di negara ini dilaporkan ialah seramai 14 orang.

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 11:23 AM GMT+8 , Processed in 0.067826 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top