Penyanyi yang semakin meningkat naik, Aina Abdul mengakui sedikit terkesan dengan beberapa komen yang dilemparkan netizen terhadap imej dan gaya fesyennya.
Namun bagi pelantun lagu 'Sumpah' ini, dia tidak mudah melenting mengenai isu tersebut dan menganggap ianya salah satu cabaran dalam mengharungi bidang hiburan. Ketika ditemui Media Hiburan, Aina mengatakan bahawa dirinya merupakan seorang pendatang baru dalam industri seni, banyak belajar perkara baru (fesyen) yang pelik-pelik dan suka untuk mencuba tapi perkara itu membuatkan ramai yang mengecam dirinya. "Walaupun ada yang kutuk dan kecam, saya perlu publisiti sebegitu. Saya tak rasa 'down' yang melampau kerana saya yang pilih untuk berpakaian macam itu," ujarnya lagi.
|
Siputjelly replied at 7-2-2020 10:28 AM
sendunya benang ni. takde org komen
ADVERTISEMENT