Umum mengetahui bahawa Neelofa merupakan antara wanita yang terkenal di Malaysia. Bukan sahaja kerana dia anak seni tetapi disebabkan oleh kebijaksanaannya dalam bidang bisnes. Semua pasti kenal dengan jenama Naelofar Hijab dan susu pisang Nilofa kan? Bagi yang mungkin sudah lupa, pada tahun 2017, usahawan wanita itu telah dilantik sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif untuk syarikat penerbangan terkenal iaitu AirAsia. Keputusan itu mendapat persetujuan semua ahli pengarah AirAsia atas sebab Neelofa merupakan usahawan yang berjaya dan bijak lantas boleh menyalurkan idea baru untuk tranformasi syarikat itu kepada penerbangan digital. Pun begitu, selepas lantikannya itu, kita tiada mendengar langsung perkembangan mengenai tugasan atau sumbangan wanita cantik itu kepada syarikat penerbangan tambang murah tersebut. Mungkin tidak dihebohkan kepada umum, namun ramai juga yang tertanya-tanya apakah signifikan Neelofa dengan jawatan yang besar itu. Baru-baru ini, tular 'resit' pendapatan wanita itu sebagai salah seorang ahli lembaga Safety Review Board untuk AirAsia pada tahun 2018. Mengejutkan kerana gaji yang diterimanya ialah RM279,375 tidak termasuk elaun sebanyak RM8,000. Segelintir netizen meluahkan rasa tidak faham mereka kenapa Neelofa dimasukkan di bawah Safety Review Board sedangkan dia tiada latar belakang mengenai keselamatan penerbangan. Selain itu, ada yang tertanya-tanya atas usaha apa yang membolehkan dia menerima pendapatan sebanyak itu. Pun begitu, ada juga netizen yang merasakan bahawa Neelofa layak menerima jumlah wang tersebut dan orang lain tidak perlu mempersoalkannya. |
398
Bagus |
2
Marah |
1
Terkejut |
321
Sedih |
3
Lawak |
1
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
seri_mawr replied at 7-2-2020 10:48 AM
klu jadi board of director..
untuk yang
Ziera97 replied at 7-2-2020 10:33 AM
itu 1 year fees bukan gaji bulanan..ok la tu
ADVERTISEMENT