CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Perniagaan Terjejas, Tiada Lagi Menu Kelawar Masak Lemak Di Indonesia

6-2-2020 03:45 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 7934| Komen: 59

Ekoran wabak koronavirus yang menular di seluruh dunia, beberapa restoran di Indonesia membuang dan tidak lagi menawarkan hidangan kelawar. 

Difahamkan menu kelawar masak lemak begitu popular di bandar Manado di Sulawesi Utara. 

Namun, sejak seminggu lalu, daging kelawar sukar didapati di pasar Tomohon yang begitu terkenal dengan daging daripada haiwan eksotik, Sinar Harian memetik laporan media tempatan. 

Pasar berkenaan bukan sahaja menjual daging kelawar, malah turut menjual daging anjing, kucing, tikus, babi hutan dan ular.

Kredit foto: Sinar Harian

"Sudah seminggu kami tidak menjualnya. Kami mendapat tahu bahawa kelawar membawa virus itu (koronavirus)," kata seorang pengusaha restoran yang dikenali sebagai Mereyke. 


Manakala, seorang lagi pemilik restoran, Nicolina berkata dia membuang menu kelawar kerana tidak mahu perniagaannya terjejas. 

"Penyebaran berita palsu terutamanya membabitkan menu kelawar menyebabkan perniagaan saya sedikit terjejas.

"Tetapi, saya akan tetap memasak daging kelawar sekiranya mendapat tempahan peribadi terutama sekali daripada pelanggan tetap," katanya. 

Bagaimanapun, tabiat memakan haiwan eksotik di Sulawesi Utara bukanlah diamalkan seluruh rakyat di situ. - CARI

Bagus
4

Marah
2

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • natrahn


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote husna_amal 6-2-2020 03:48 PM
Eeuww...jijiknya makan binatang2 tu
Quote anastasia7 6-2-2020 04:01 PM
Menyesal plak tertengok gambar tu. Apo berita tk sahih ka pasal kelawar tu?patutnya stop terus sbb x nk tersebarr penyakit
Quote Kurex 6-2-2020 04:01 PM
tak payah makan langsung dah la...
Quote Nes3in1 6-2-2020 04:03 PM
Sedap ke kelawar masak lemak?
Quote palmolive 6-2-2020 04:05 PM
kalo batman sesat ke sana, kenduri besor deme
Quote mosti 6-2-2020 04:06 PM
Kotorlah..lagi mau makan..hapalah
Quote blackshawl 6-2-2020 04:15 PM
diorang handle kelawar tak pakai sarung tangan??? gelilah
kakak kawan aku dulu muka tumbuh nanah(?) sebab kelawar terbang terkena pipi dia, ni kan pulak nak makan
Quote eLiaD 6-2-2020 04:24 PM
twu plop takut mampos pas mencekik haiwan eksotik
Quote syamzana 6-2-2020 04:25 PM
mosti replied at 6-2-2020 04:06 PM
Kotorlah..lagi mau makan..hapalah

indon mana ritu kat CI ni cakap derang berkurun makan kelawar dan hewan2 lain tak pernah pun dpt virus pelik2. agaknye lepas reda kes virus ni mungkin akan start makan balik kot.
Quote chicozinn 6-2-2020 04:27 PM
blackshawl replied at 6-2-2020 04:15 PM
diorang handle kelawar tak pakai sarung tangan??? gelilah
kakak kawan aku dulu muka tumbuh nanah(? ...

siyes la??nampak sgat kelawar tu kotor..errkkkss

Quote honeybee1802 6-2-2020 04:38 PM
syamzana replied at 6-2-2020 04:25 PM
indon mana ritu kat CI ni cakap derang berkurun makan kelawar dan hewan2 lain tak pernah pun dpt v ...

Seriau plak hakak..rupanya ada plak negara terdekat suka makang kelawar neh..anjing kucing plak tu...apa plak fake news kelawar tu penyebab penyakit...hakak tu yg outdated..mcm2 virus ado kt kelawar...sbb kelawar tu bkn utk dimakan.tp tugas dia jd pollinator nun...
Quote September14 6-2-2020 04:41 PM
Klu mkn lg mmg bodoh lah kecuali duk dlm gua x dgr berita
Quote dodoIgemok 6-2-2020 04:42 PM
takot wtpe..macai dah kata koronavirus x siyes...caye la ckp macai..gelabah kecoh watpe?

kah kah kah
Quote syamzana 6-2-2020 04:43 PM
honeybee1802 replied at 6-2-2020 04:38 PM
Seriau plak hakak..rupanya ada plak negara terdekat suka makang kelawar neh..anjing kucing plak tu ...

org kalau dah suke melantak habis segala info disembah pun cakap fake news.kalau mati sorg2 tak menyusahkan org lain takpe la juga.
Quote dodoIgemok 6-2-2020 04:44 PM
baja taik kelawar bagus untuk tanaman..tp baja taik babi, anjing dan kucing x bagus

kah kah kah
Quote dodoIgemok 6-2-2020 04:44 PM
Nes3in1 replied at 6-2-2020 04:03 PM
Sedap ke kelawar masak lemak?

rendang kelawar sdp ke?
kah kah kah
Quote munchkin 6-2-2020 05:04 PM
Tetapi, saya akan tetap memasak daging kelawar sekiranya mendapat tempahan peribadi terutama sekali daripada pelanggan tetap," katanya

Mohon tembak je peniaga gila ni
Quote ctkusiam 6-2-2020 05:21 PM
Gelilah makan kelawar.. dh lah itam bw virus.. kenapa dorang suka makan kelawar ada khasiat ker.? Baik lagi ambik taik kelawar buat baja..hihi
Quote Nes3in1 6-2-2020 06:25 PM
dodoIgemok replied at 6-2-2020 04:44 PM
rendang kelawar sdp ke?
kah kah kah

Taste like chicken kot

Lihat semua komen(59)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:03 PM GMT+8 , Processed in 0.205089 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top