Koronavirus yang melanda seluruh dunia masa ini rupanya dapat menyelamatkan seorang wanita daripada dirogol. Seorang wanita di China dikenali dengan nama Yi berpura-pura dijangkiti koronavirus ketika seorang pencuri cuba mencabulnya.
Daily Mail melaporkan, dia yang 'berlakon' dengan cara terbatuk-batuk membuatkan penceroboh berkenaan melupakan hasrat untuk merogolnya. Difahamkan mangsa sedang tidur ketika pencuri berkenaan masuk ke bilik tidurnya Jumaat lepas. Suspek pula merangkul leher dan menutup mulutnya sebelum cuba merogolnya, media tempatan melaporkan. Namun, mangsa segera batuk dan memberitahu dirinya dijangkiti koronavirus.
"Saya baru pulang dari Wuhan dan mempunyai gejala jangkitan jadi saya duduk di rumah untuk mengasingkan diri," kata mangsa. Suspek berasa ketakutan lalu melarikan diri, namun sempat merampas telefon pintar mangsa dan mengambil sejumlah wang tunai. Bagaimanapun, suspek yang berusia 25 tahun itu kini sudah ditahan apabila pihak polis Jingshan mengesahkan insiden itu. - CARI
|
saviour_09 replied at 5-2-2020 04:14 PM
virus takut
neraka tak takut
cmf_shalom replied at 5-2-2020 06:34 PM
Kompom muka penxuri tu Jenis X siap
saviour_09 replied at 5-2-2020 04:14 PM
virus takut
neraka tak takut
ADVERTISEMENT