"Kerjaya juruterbang bukan hak elit." Betul ke? Itu yang dipertikaikan warganet apabila video mengenai demonstrasi tugas juruterbang kepada pelajar sekolah di Terengganu tular di media sosial. Menurut mereka sejak bila ianya adalah kerjaya marhein apabila kos untuk belajar sahaja boleh membeli sebuah rumah?
Apabila ia diadakan di sekolah dengan menceritakan kelebihan serta keseronokan di awan biru, pastinya ia membuatkan pelajar ini berasa teruja seterusnya menyimpan hasrat tersebut. Hakikatnya ialah rata-rata yang memasuki kursus ini adalah terdiri dari kalangan anak orang kaya atau pun mendapat biasiswa dari kerajaan. Jadi, mengapa memberi harapan palsu kepada mereka? Sementelah lagi kos yang menjangkau antara RM400 ribu hingga setengah juta diperlukan untuk menghabiskan pelajaran tetapi ruang pekerjaan pun belum tentu lagi. Walau ada yang menyatakan sudah ada bank menawarkan pinjaman pelajaran sehingga RM200 ribu, ia tetap membebankan. Bukan kos menjadi juruterbang sahaja yang mahal, untuk belajar membaiki kapal terbang juga bukan calang-calang. Jadi, di mana rasional ianya hak bukan elit semata-mata? Tidak salah berkongsi cerita tetapi janganlah sampai salah berkongsi fakta. Usah juga memberi harapan palsu yang hanya meranapkan impian si miskin. - CARI |
palmolive: time pilot tu datang jek semangat budak2 ni..pahtu kembali pada cita-cita lama balik..nak jadi polis, bomba or doktor..
Skuau: berlajar bawa keta terbang berapa pulok kosnya???? @tanya jer....
prettyuglybabe: semuanya simple..kalau mereka betul-betul pelajar cemerlang, tak perlu risau..sure ada je penaja nak bagi biasiswa or loan untuk gi belajar..and lagi ...
dua_chzy replied at 6-2-2020 01:19 PM
Hahaha. Akak teringat pilot muda yang datang sekolah akak bagi talk then akak tak tau humblebrag ka ...
Meiizu replied at 6-2-2020 02:33 PM
laaa vodo memalukan diri sendiri dihadapan ribuan student..patut dari awal lagi tolak bagi motivas ...
ADVERTISEMENT