Ramai yang seperti tidak berpuas hati dan mula mempersoalkan pemberian taraf warganegara kepada pemain import tengah Johor Darul Ta'zim (JDT), Liridon Krasniqi.
Mereka menganggap ia sebagai tidak wajar dan ada yang menyindir adakah kanak-kanak 'stateless' di Malaysia harus bermain dengan Harimau Selatan untuk juga mendapat taraf warganegara. “Mungkin semua kanak-kanak ‘stateless’ kita kena main untuk JDT baru mereka dapat kad pengenalan biru selepas ini,” kata seorang warganet seperti dilaporkan ProjekMM. Hantaran tersebut bagi menjawab laporan berita mengenai pemberian MyKad kepada Liridon yang berasal dari Kosovo. Sebelum itu, Liridon, 28 dilaporkan menyertai JDT tahun ini. Dia juga merupakan pemain untuk Kedah selama tiga tahun bermula 2015 dan turut membantu negeri itu memenangi Liga Perdana serta Piala Malaysia. Manakala, tahun lepas dia memperoleh anugerah pemain import terbaik. Apa pula pendapat anda? - CARI |
Boomibulat replied at 5-2-2020 01:42 PM
Sumareh dapat tak..?
Boomibulat replied at 5-2-2020 01:42 PM
Sumareh dapat tak..?
chicozinn replied at 5-2-2020 02:40 PM
sumareh kan ade main team Malaysia tahun lepas..tu la asyik semoga ngan jahlopp je sampai buat2 xn ...
Boomibulat replied at 5-2-2020 01:42 PM
Sumareh dapat tak..?
ADVERTISEMENT