Pelakon popular Fasha Sandha mulai kembali aktif dalam Instagram dengan berkongsi foto dirinya yang sedang mengandung. Dia juga telah mengesahkan kepada media dirinya hamil baru-baru ini.
Foto tersebut mendapat perhatian ramai terutama pengikutnya di Instagram yang menunjukkan jelas perutnya yang semakin besar dan ketika itu sedang dipangku suaminya, pelakon Aidil Aziz. Rata-rata mula meneka jantina bayi Fasha dari bentuk perutnya. Kebanyakan peminat menjangkakan Fasha bakal melahirkan bayi lelaki.
"Macam baby boy je... "Anak lelaki agaknya ni. "Bakal dapat baby boy ke tu?" komen antara pengikutnya. Tidak kurang juga yang mendoakan agar urusan serta proses hamil dan kelahiran bayinya nanti dipermudahkan. Terdahulu, Fasha yang berkahwin dengan pelakon, Aidil Aziz pada Mac 2019 berkongsi berita kehamilan pada Mei tahun lalu. Namun, dia mengalami keguguran selepas pulang daripada berhari raya di rumah keluarga mentua di Rembau, Negeri Sembilan. Sekali lagi, pada November tahun lalu Fasha dikhabarkan hamil. Bagaimanapun, dia yang ditemui pada sebuah acara tidak mengesah atau menafikan perkara itu. Menerusi perkahwinan pertamanya, bintang jelita itu dikurniakan dua anak, Putra Rayfal Ramli, 7, dan Putri Raysha Jemyma, 5. - CARI
|
dudaberhias: tak sabar nak tengok baby.... adakah rupa jejai?
ADVERTISEMENT