CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Terperdaya Janji Pulangan Lumayan, Mangsa Sindiket Penipuan Bitcoin Rugi RM2.5 juta

5-2-2020 11:54 AM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 3041| Komen: 13|Original author: Tukang Tulis

Gambar hiasan. Kredit foto: Moose / Pexels

Janji pulangan yang lumayan dipercayai menjadi punca sekumpulan individu mengalami kerugian lebih RM2.5 juta akibat ditipu sindiket yang berselindung di sebalik kegiatan pelaburan bitcoin.
Memetik laporan myMetro, ada di antara mereka yang terpaksa menjual rumah dan kereta untuk membayar ganti rugi sebanyak RM558,000 kepada 60 pelabur lain.

Mangsa, Dino Amir, 39, menyatakan dia terpaksa berbuat demikian kerana dia yang mengajak mereka menyertai skim pelaburan itu.

Secara keseluruhan dia mengalami kerugian lebih RM1.3 juta selepas menyertai pelaburan bitcoin yang disyorkan oleh seorang kenalannya pada Mei 2016.


Dino memberitahu, dia dijanjikan keuntungan pada kadar satu peratus sehari daripada jumlah yang dilaburkan.

Seterusnya, Dino yang tertarik dengan skim pelaburan itu berjaya meyakinkan 60 rakan dan ahli keluarganya untuk melabur 200 bitcoin dengan nilai RM1.3 juta yang dimasukkan dalam 10 akaun.

"Jumlah pelaburan itu membabitkan RM558,000 wang pelabur lain manakala selebihnya iaitu RM800,000 pula pelaburan dibuat saya sendiri," katanya.

Dino dan 29 mangsa yang lain membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang berikutan tangkapan seorang suspek yang disyaki menjadi dalam kegiatan penipuan tersebut pada 1 Februari lalu.

Mangsa-mangsa yang tertipu membuat laporan di IPD Kajang. Kredit foto: myMetro
Mereka menyedari ditipu selepas gagal mengakses akaun bitcoin selepas tiga bulan kerana ia telah ditukar kepada pelaburan mata wang lain.

Dino yang bekerja sendiri terpaksa menjual rumah dan keretanya apabila pelabur-pelabur yang lain mendesak supaya dia menggantikan wang mereka.

Seorang lagi mangsa yang hanya dikenali sebagai Jacky, 42, menjelaskan, dia dan 20 ahli keluarganya mengalami kerugian RM1.28 juta selepas melabur untuk 80 bitcoin.

Lebih memburukkan keadaan, Jacky terpaksa melangsaikan pinjaman bank yang dibuatnya bagi mendapatkan modal untuk menyertai skim pelaburan itu.

Nasib yang sama menimpa mangsa, A Arokianathan, 41, yang mengalami kerugian RM57,000 serta kehilangan kerja dan hidup dibelenggu hutang.

"Saya juga pernah mendapatkan rawatan psikiatri akibat terlalu tertekan susulan pelaburan berkenaan," jelasnya.

Berhati-hati apabila dijanjikan skim pelaburan dengan jaminan pulangan lumayan kerana ia mungkin ada unsur penipuan. - CARI

2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bulan_gerhana 5-2-2020 12:05 PM
hah ape citer bitcoin ni eh? berdegar2 org dok agung2kan invesment ni dulu

ke aku yg baru kuar dari gua??
Quote dudaberhias 5-2-2020 12:11 PM
bulan_gerhana replied at 5-2-2020 12:05 PM
hah ape citer bitcoin ni eh? berdegar2 org dok agung2kan invesment ni dulu

ke aku yg baru kuar da ...

bitcoin nilainya masih tinggi... dan kena pandai untuk beli masa harga turun baru ada untung...
yang tipu orang ni syarikat yang memandai mengaku jual beli bitcoin padahal habukkk... kira deorang ni orang tengah jah... itu yang ramai kena scam
Quote JunkMail 5-2-2020 12:13 PM
Usd9300 lebih kurang sekarang harganya. Masing-masing tengah panas enjin tunggu halving bulan May nanti. Entahlah apa jadi...
Quote Ina8895 5-2-2020 12:30 PM
Yang menipu tu dah kena cekup pun. Tak tau le kalau lepas balik macam boya iman
Quote bulan_gerhana 5-2-2020 12:31 PM
dudaberhias replied at 5-2-2020 12:11 PM
bitcoin nilainya masih tinggi... dan kena pandai untuk beli masa harga turun baru ada untung...
y ...

oic.... kira konon trustable agent tapi idok... ye lah sbb heran gak kan... kata bitcoin ni memohong la.. padahal ni one of the currency kan.. cuma bukan dalam bentuk physical cam duit yg kita pegang.. correct me if im wrong..

xpe la.. bagi le kat org byk duit beli.. rakyat marhaen bese ni cuma perlu ambik tau currency semasa je
Quote Mfzg89 5-2-2020 12:42 PM
bulan_gerhana replied at 5-2-2020 12:05 PM
hah ape citer bitcoin ni eh? berdegar2 org dok agung2kan invesment ni dulu

ke aku yg baru kuar da ...

pa cita vidacoin ?
Quote Ina8895 5-2-2020 01:08 PM
Dulu khalsberg nak buat harapan coin kan. Kencing jugak ke?
Quote EmaAsmadi 5-2-2020 01:34 PM
Masih lagi ada orang percaya
Quote tumpanglalu74 5-2-2020 02:40 PM
Orang tamak selalu rugi..
Quote husna_amal 5-2-2020 02:52 PM
Agaknya berapa ramai lah kena tipu dengan pelaburan bitcoin. Ni semua gara2 nak kaya cepat.
Quote Ina8895 5-2-2020 03:57 PM
Ramai jugak rakyat malaysia yang kaya boleh senang2 leburkan duit macam ni
Quote kivio 5-2-2020 07:08 PM
Tak payah sebok suruh PDRM siasat la dalang mana.
Siasat diri sendiri tu dulu.

Pepatah tak pernah salah "Orang tamak selalu rugi"
Quote tagas 5-2-2020 09:56 PM
Edited by tagas at 5-2-2020 09:59 PM

dah rugi br sebok carik polis

cuba kalo untung senyap2 ko joli katak

rezki ntah halal ke haram tolak tepi janji
tembolok nafsu perlu dipuaskan sepuas2 nya

lantak ko situ

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:07 PM GMT+8 , Processed in 0.159276 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top