Di sebalik kekecohan mengenai Sajat yang berpakaian wanita di Mekah, sebenarnya masih banyak isu yang kita terlepas pandang. Ini mungkin kerana ianya tidak tular atau tidak seronok untuk 'dibawangkan'. Antara yang sentiasa menjadi masalah negara ialah perbezaan ekonomi pelbagai lapisan rakyat. Antara yang kaya dan miskin terlalu besar jurangnya dan ia semakin besar apabila situasi ini mudah diperhatikan di mana-mana. Seorang lelaki memuat naik sekeping gambar yang berlatar belakangkan di jalan raya lalu meminta warganet membincangkan mengenai perkara tersebut. Fenomena ini biasa dilihat di bandar-bandar besar iaitu kehadiran pemandu e-hailing dan juga penghantar pesanan makanan menandakan perjalanan ekonomi yang rancak berlaku di dalam negara. Dalam masa sama, si ayah yang menghantar anaknya ke sekolah dengan anaknya tidak memakai topi keledar juga antara perkara yang jarang berlaku di bandar besar, tetapi ada. Apakah maksud segala-galanya ini? Warganet meneka lokasi ini adalah di Ara Damansara yang juga jalannya sangat sibuk dengan kenderaan lalu lalang. Tapi apa lah erti kesibukan ekonomi jika yang merasa nikmatnya hanyalah golongan tertentu sahaja? Kehadiran lebih ramai penghantar pesanan makanan menandakan situasi ekonomi yang pelbagai. Adakah mereka kerja sebagai 'full time rider' kerana jumlah wang yang diperolehi lebih tinggi atau kerana tiada kerja hakiki? Malahan ada pula yang menjadikan ianya kerja sampingan kerana gaji sendiri tidak mencukupi. Kenapa ianya boleh terjadi? Selain itu, situasi ayahnya yang membahayakan nyawa anaknya kerana tidak mengenakan topi kaledar juga dipersoalkan. Namun, mungkin ada alasan yang kita orang ramai sendiri tidak tahu mengapa si ayah bertindak demikian? Begitu juga dengan kesalahan yang dilakukan oleh penunggang motosikal menjelaskan yang golongan ini sentiasa tergesa-gesa hingga membahayakan nyawa mereka. Tetapi, ada juga yang mungkin sekadar bergurau menyatakan rupa-rupanya pemandu penghantar makanan semakin ramai kerana rakyat Malaysia sentiasa berada dalam kelaparan. Apa pun, semoga kehidupan mereka terbela. Semoga ekonomi Malaysia lebih banyak membantu mereka yang memerlukan dan kita sebagai pihak ketiga, boleh menyokong mereka berbanding berhari-hari 'membawang' perkara yang tidak berfaedah. - CARI |
prettyuglybabe replied at 5-2-2020 12:40 PM
dah la berenti dalam box kuning..
anak tak pakai helmet..
kang kena langgar salahkan kenderaan lai ...
tick replied at 5-2-2020 02:49 PM
Perasan tak ramai anak muda melayu yang suka kerja jadi rider ni.
Mungkin juga diorang jadikan ker ...
ADVERTISEMENT