CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Nak Benda Segar Di Majlis Perkahwinan Anda? Cuba 'Risik' Kompang 5 Beradik Ini!

5-2-2020 10:59 AM| Diterbitkan: PDOT777| Dilihat: 6955| Komen: 12|Original author: Oleh: PDOT777

Foto: YouTube


Anda mesti dah terbiasa kan dengan alunan kompang? Tak kira semasa ada perarakan di sekolah, majilis-majlis tertentu ataupun ketika kenduri kahwin. Paluan kompang untuk menyambut ketibaan pengantin semasa kenduri kahwin mungkin saat paling sinonim bagi kita.

Tahukah anda yang di Malaysia sekarang, wujudnya kumpulan yang berjaya merevolusikan paluan kompang dengan gabungan paluan kompang yang indah dan juga alunan lagu-lagu yang terkenal di Malaysia? Ya, kumpulan ini digelar sebagai Kompang 5 Beradik.

Memetik Berita Harian, kumpulan ini ditubuhkan sejak 2016 dan dianggotai lima jejaka yang juga adik-beradik; Muhammad Khalid, Ezzat Shafie, Fahmi Azrul, Fauzi Azizul, dan Syamsul Arif. 

Difahamkan, Fauzi ialah ketua kepada kumpulan ini dan mereka berasal dari Kampung Bukit Bangkong, Sungai Pelek.


Foto: YouTube

Merupakan anak-anak kepada Allahyarham Lasim Bin Parman dan Noorhayati Mohd Mustappa, kumpulan ini semakin mendapat perhatian apabila banyak memenuhi tempahan terutama pada hujung minggu untuk membuat persembahan. 

Keistimewaan mereka adalah pada paluan kompang yang sangat bertenaga bersama alat muzik bass drum, diadun dengan gerakan, mimik muka dan juga nyanyian yang memukau, menarik hati bukan sahaja jemputan, malahan kepada pasangan pengantin sendiri.

Hadirin di kenduri perkahwinan dan juga warganet semuanya memuji usaha mereka untuk memberi persembahan terbaik dan berkualiti.

Anda boleh tengok komen-komen netizen yang penulis jumpa di laman rasmi YouTube untuk kumpulan Kompang 5 Beradik ini

"Kalau diorang kahwin nanti mesti seronok isteri diorang sbb diorang sendiri akan buat persembahan"

"Aku rasa mereka dah setanding artis K-Pop kot, sebab menyanyi sambil menari," antara komen netizen.

Ternyata, status sebagai adik-beradik bukan penghalang untuk mereka bersikap profesional dan bekerjasama tak kira semasa menjalankan latihan untuk persembahan ataupun ketika membuat persembahan. 

Lihat komen netizen di bawah:


"Respek dengan korang adik beradik. Sepakat gila. Tak semua mampu buat macam korang. Kalau aku sendiri pun segan. Terbaik, teruskan."

"Satu perkara yang aku belajar dari k5b ni adalah jangan malu untuk buat ape yang kita minat sbb apa yang kita nak buat belum tentu orang lain nak buat.. Terima kasih sebab korang tak pernah mengecewakan. Terima kasih juga sebab jadi inspirasi aku."


Bukan sahaja kenduri-kenduri biasa, mereka juga menerima tempahan untuk majils perkahwinan atau sebarang majlis yang melibatkan artis terkenal di Malaysia.

Baru-baru ini, mereka berjaya membuat persembahan pada majlis malam berinai untuk pasangan mempelai pelakon dan penyanyi terkenal Malaysia iaitu Elly Mazlein dan juga pasangannya yang juga seorang guru, Mohamad Azlan.


Elly Mazlein dan pasangannya, Mohamad Azlan
Foto: OhBulan

Diadakan di Dewan Tun Dr Ismail Putra, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), kumpulan ini mengalunkan kompang dengan adunan lagu-lagu terkenal seperti Marry You (Bruno Mars), Di Amaran Mama (Hazama), Cintaku 100% (Mas Idayu) dan juga Zinda Rehti Hain Mohabbatein (dipetik dari filem Mohabbatein)

Anda boleh lihat video persembahan mereka di bawah:




Tidak kira lagu tempatan atau antarabangsa, moden mahupun klasik, semuanya mampu diadun asalkan niat untuk persembahan yang berkualiti mampu terhasil.

Anda pun boleh membuat tempahan untuk persembahan mereka. Cuma follow Instagram kumpulan mereka @kompang5beradik_official dan Facebook @kompang5beradik. Sebarang tempahan dan pertanyaan boleh tanya terus ke situ. 

Kalau nakkan benda yang segar untuk kenduri perkahwinan anda, hubungilah mereka sekarang! Tak lupa juga, Selamat Pengantin Baru! - CARI
3

Bagus
3

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (15 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • natrahn


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 5-2-2020 11:09 AM
ada kelainan.. berbanding acik marhaban.. mendatar je suara
Quote tengah_bosan 5-2-2020 12:56 PM
haritu member aku upah diorg utk sesi kompang
serious weh
memang best
aku sangat2 la recommend pada sesapa nak kawen ni amik diorh

pandai diorg guna lagu latest untuk tarik perhatian tetamu dgn pengantin
sumpah aku layan diorg ni....
BEST!
5 stars ah!
Quote Artemesiaa 5-2-2020 01:02 PM
Untuk yang sukakan kelainan dan masjlis jadi meriah tak salah undang mereka ni
Quote husna_amal 5-2-2020 02:37 PM
ada tengok persembahan kompang 5 beradik ni. Memang entertain persembahan kompang diorang ni.
Quote Perawankota 5-2-2020 03:40 PM
tengah_bosan replied at 5-2-2020 12:56 PM
haritu member aku upah diorg utk sesi kompang
serious weh
memang best

Mahal x payment dorg
Quote Nes3in1 5-2-2020 04:30 PM
Cute!
Quote giyomi 5-2-2020 07:55 PM
baguslah ada kelainan...tahniah, pembaharuan menjadi.
Quote any42 6-2-2020 12:39 AM
suka p mjlis kwin klau ad kompang. rsa cmna tah nk dscribe tp best.
bgus bdk2 muda ni ad mnat dgn alt trdisional & pndai vriasikn mzik ikut slera smasa, @ the sme time boleh djdkn punca rezeki yg elok dr buang msa jd mat rempit ke pragut ke.
Quote drivethru 6-2-2020 04:33 AM
Mmg selalu tgk kat youtube. Lebih suka persembahan dorang yg dulu2. Lagu paling best

Di atas pelamin
Pengantin duduk bersanding
Mata menjeling-jeling
Kepala ikut berpaling
Ayah dan ibu, senyum tersipu
Teringat-ingat masa dahulu
Ayah dan ibu, senyum tersipu
Teringat-ingat masa dahulu
Quote RumiMenari 6-2-2020 08:29 AM
I suka kompang dulu.. lagi ramai lg meriah.. nak nak kalau ada yg pukul rebana besar tu.. rebana eh? Kita pun sama berdebar nk tgk perantin..

Kalau nk kelainan bolehlah panggil diorg ni..
Quote gorjeous 7-2-2020 06:23 PM
Memang terbaik laa… bakal2 pengantin sila ambik dia org niii.. SANGAT-SANGAT BEST!!!
Quote PDOT777 7-2-2020 08:30 PM

Tak silap payment diorang around RM300-RM500...and persembahan diorang minimum 10 minit...klau nk tahu lebih lanjut kna follow IG diorang and try DM.

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 08:13 AM GMT+8 , Processed in 0.069284 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top