Zynakal mendedahkan sebuah kisah pilu tentang kehidupan dan statusnya sebagai seorang anak angkat. Pendedahan tersebut dibuat melalui saluran Youtube Indigital Muzik.
Zynakal atau nama sebenarnya Muhammad Raziq Rosli mengetahui dia merupakan seorang anak angkat ketika berusia 10 tahun. Sampai sekarang penyanyi ini tidak mengenali ibu dan bapa kandungnya.
"Ketika itu saya dibawa ke balai polis sebab curi yoyo. Waktu itulah ibu saya marah dan beritahu yang saya adalah anak angkat. "Saya sedih dan terus menangis. Rasa macam kehilangan dalam diri sebab selama ini saya rasa ibu adalah emak saya yang sebenar," katanya.
Lagi tersentak bila mengetahui ibu kandungnya adalah seorang pengemis. "Mak angkat saya jumpa ibu kandung saya waktu saya lahir. Dia tolong ibu kandung saya untuk jagakan saya. Kalau ada rezeki lebih, memang saya nak cari kedua-dua ibu bapa kandung ???Buat masa ini belum tiba masanya lagi kerana sehingga kini saya masih belum dapat balas lagi jasa ibu angkat yang telah membesarkan saya,??? tambahnya. Boleh tonton video penuh di bawah. Semoga urusan mencari ibu dan bapa kandung Zynakal dipermudahkan. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|