Kejamnya! Seorang penyewa dilaporkan membunuh tuan rumahnya dan turut menggunakan kad bank mangsa. Suspek, Kristian Smith, 42 yang juga merupakan penagih dadah turut didapati tinggal bersama mayat tuan rumahnya itu selama sebulan.
Memetik portal Mylondon News, mayat mangsa, Antoinette Donegan, 52 ditemui di rumahnya di Bettersea, London pada Mac tahun lalu, sebulan selepas kematiannya. Ia susulan laporan daripada pegawai kebajikan yang mendapati dia tidak dihubungi wanita itu selepas sebulan. Ketika pemeriksaan, polis mendapati mayat mangsa dilitupi dengan timbunan pakaian yang dilakukan bagi mengelakkan bau mayat mereput disedari orang ramai.
Dalam pada itu, suspek sebelum ini mengaku bersalah atas dakwaan menipu dan menghalang pengebumian mangsa, tetapi tidak mengaku membunuh tuan rumahnya. Namun, keputusan juri mendapati Smith akhirnya bersalah membunuh mangsa. Mangsa dikatakan kali terakhir dilihat pada 1 Februari tahun lalu, namun kad banknya terus digunakan oleh penyewanya itu. - CARI |
MissVixen replied at 4-2-2020 09:30 PM
Mat pit ni bukannya sedar bau busuk pun. Dah high je memanjang... Entah2 mamat ni flaka pun dia ambi ...
MissLana replied at 5-2-2020 10:22 AM
flaka tu apa uols
MissVixen replied at 5-2-2020 08:25 PM
Dadah sintetik lagi bahaya dari cocaine.
Cuba uols search di youtube. Banyak ambik flaka dah maca ...
ADVERTISEMENT