"Saya hanya cepuk sikit saja" Video seorang penunggang motosikal ditampar seorang pengawal keselamatan di Plaza Tol Kampung Lekir (WCE) kerana menggunakan lorong berpalang menjadi viral di media sosi@l. Loading FB Post... Pengawal keselamatan tersebut, Mohammad Yahya, 58, berkata, dia memukul penunggang motosikal itu dan rakannya yang lain untuk memberi pengajaran pada mereka yang degil kerana tidak menggunakan lorong motosikal.
"Saya hanya cepuk sikit saja untuk memberi pengajaran kepada penunggang motosikal itu dan rakannya yang lain kerana tidak mengendahkan arahan supaya menggunakan laluan yang disediakan," katanya memetik laporan Harian Metro. Kejadian itu memb@bitkan 50 penunggang motosikal dipercayai dari luar daerah Manjung dan ada penunggang motosikal terb@bit melakukan aksi wheelie selepas berjaya melepasi tol berpalang. Mohammad Yahya walau bagaimanapun memohon maaf sekiranya ada yang tidak berpuas hati dengan tindakannya. "Sudah menjadi tanggungjawab saya sebagai pengawal keselamatan di sini dan kalau dibiarkan saja sudah semestinya tidak elok, malah kejadian sama boleh berulang atau ditiru orang lain pula," katanya. Tinjauan di ruang komen mendapati netizen sangat berpuas hati dengan tindakan pengawal keselamatan itu dan mengecam perbuatan penunggang-penunggang motosikal tersebut yang boleh mendatangkan bahaya pada pengguna tol lain. |
ADVERTISEMENT