Semakin mendunia Sajat dek ulahnya bertelekung ketika menunaikan Umrah di Tanah Suci. Mungkin satu kelegaan buat semua umat Islam khususnya rakyat Malaysia apabila ada berita melaporkan Muhammad Sajjad Kamaruzzaman dibawa keluar dari Mekah. Bagaimanapun, Pencetus Ummah (PU) Amin menerusi Instagramnya mengesahkan Sajat masih berada di Masjidil Haram. Katanya, ada di antara rakan dan jemaahnya terserempak dengan Sajat dan rakan yang mengerjakan Saie dalam keadaan bertudung. "Jadi yang kata Sajat kena tangkap dan dibawa keluar semua tu tak betul," tulisnya. PU Amin juga berpesan kepada jemaah di sana supaya memelihara aurat sebaiknya walaupun berada dalam kawasan solat muslimah. "Sebahagian jemaah umrah di sini ada buat laporan polis tadi," tambahnya. Sementara itu, Harian Metro melaporkan Sajat mengaku sebagai lelaki ketika mendaftar untuk mengerjakan umrah. Aduhai Sajat, berani betul buat hal di tempat orang. Ramai tak sabar nak tunggu Sajat 'dilondehkan' ni. - CARI
|
VirusDetected replied at 4-2-2020 12:05 PM
so...Travel Agent dia TIPU la kata dia n the gang dh di bwk kua dr Mekah & dh ke Madinah???
Harap a ...
shahima0909 replied at 4-2-2020 12:23 PM
nape x sambung umah sebelah je
haryatie replied at 4-2-2020 12:26 PM
yg sebenar nya dia masih di mekah la
travel agency x ckp yg betul ke
berani nya main2
Boomibulat replied at 4-2-2020 12:33 PM
I rasa dia akan kena tahan dgn polis Arab Saudi sebelum blk nti..tunggu la kau jat..sabun jatuh jg ...
ADVERTISEMENT